Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beberapa Model Pengecas Peranti Samsung Kini Tidak Lagi Dijual Bersama Kabel

Beberapa Model Pengecas Peranti Samsung Kini Tidak Lagi Dijual Bersama Kabel

Diterbitkan Mac 9, 2022 · Dikemas kini Mac 9, 2022 oleh ariff bukhari

Mungkin sebahagian besar pengguna telefon pintar Samsung khususnya tidak menyedari bahawa beberapa model pengecas peranti yang dijual berasingan oleh Samsung kini tidak lagi disertakan sekali dengan kabel USB-C.

Beberapa Model Pengecas Peranti Samsung Kini Tidak Lagi Dijual Bersama Kabel
25W PD Adapter (USB-C) (Without Cable). Kredit: Samsung

Model-model pengecas peranti Samsung yang kini tidak lagi dijual bersama kabelnya adalah 25W PD Adapter (USB-C) (Without Cable), 15W PD Power Adapter (USB-C) (Without Cable) yang dijual pada harga RM30.00 dan 35W PD Power Adapter Duo (USB-C, USB-A) yang berharga RM99.00.

Tindakan Samsung untuk tidak lagi menyertakan sekali kabel pada beberapa model pengecas mereka mungkin kerana ingin menjualnya pada harga yang lebih murah.

Walaubagaimanapun, Samsung masih menyertakan sekali kabel untuk model-model pengecas mereka yang lain seperti 45W PD Adapter dan 15W PD Power Adapter yang berharga RM89.00.

Kabel pengecas seperti 5A Type C to C Cable sepanjang 1m juga ada dijual berasingan yang berharga RM79.00.

Beberapa Model Pengecas Peranti Samsung Kini Tidak Lagi Dijual Bersama Kabel
5A Type C to C Cable. Kredit: Samsung

Baca juga:

  • Telefon ‘Bajet’ Samsung Pun Dilaporkan Tidak Lagi Akan Disertakan Dengan Pengecas
  • Baru Keluar Dah Buat Hal, Siri Samsung Galaxy S22 Dibuang Daripada Senarai GeekBench
  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY