Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Membuka aplikasi Dengan “single click” Pada WIndows 10

Beberapa Mesin Pencetak Gagal Berfungsi Disebabkan Kemaskini Windows 10 Terbaru

Diterbitkan Jun 15, 2020 · Dikemas kini Jun 15, 2020 oleh Amalina Athman

Kemaskini terbaru Windows 10 telah meningkatkan keselamatan platform. Bagaimanapun, ia juga telah menimbulkan masalah lain di mana sambungan ke beberapa mesin pencetak gagal berfungsi dengan baik.

Selepas melakukan kemas kini pada 9 Jun lalu, beberapa pengguna mula menghadapi masalah itu dan telah melaporkannya di laman Reddit dan Microsoft Answer. Daripada laporan tersebut, antara model pencetak yang terkesan termasuk HP, Canon, Ricoh, Panasonic, dan Brother.

Beberapa Mesin Pencetak Gagal Berfungsi Disebabkan Kemaskini Windows 10 Terbaru

Dalam pada itu, Microsoft turut memaklumkan kemas kini KB4557957 akan menyebabkan beberapa pencetak dan cetakan melalui PDF gagal berfungsi. Menurut Microsoft,

“Print spooler may error or close unexpectedly when attempting to print and no output will come from affected printer.”

Pada masa ini, Microsoft dalam usaha untuk menangani masalah tersebut. Pengguna yang telah mengemaskini ke versi tersebut mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi untuk menerima kemas kini bagi memperbetulkan masalah itu.

Bagi yang belum membuat kemas kini pula, anda dinasihatkan supaya menangguhkan dahulu kemas kini Windows 10 kepada versi terbaru.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
©2026 WISER.MY