Beberapa Kawasan Di Jasin Bakal Nikmati Internet Mencecah 1Gbps

Pada bulan September tahun lalu, kita telah diberitakan tentang projek rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dijalankan dibeberapa kawasan didalam daerah Jasin, Melaka.

Semenjak dari itu, kerja-kerja pembangunan infrastruktur telahpun dimulakan dan ia merupakan kerjasama antara kerajaan bersama-sama TNB.

Hasilnya, 1,100 buah kediaman di empat kawasan iaitu kuarters polis Jasin, Taman Merbau Perdana, Taman Maju dan Felda Kemendor disediakan dengan akses internet berkelajuan tinggi sepertimana yang dilaporkan oleh Astro Awani.

Melaluinya, pengguna yang melanggan boleh menikmati sambungan internet pada kelajuan sehingga 1Gbps. Projek rintis yang dijalankan di Jasin ini merupakan langkah awal NFCP sebelum penilaian lebih lanjut dibuat untuk meluaskan lagi penawaran ke segenap pelosok tanah air.

Sumber: Astro Awani

Kredit foto: KKMM