Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
The Defenders

Beberapa Drama Marvel Ini Bakal ‘Pergi’ Tinggalkan Netflix Minggu Depan

Diterbitkan Februari 25, 2022 oleh Amsyar Latif

Meskipun Disney+ merupakan perkhidmatan penstriman rasmi bagi siri drama dan filem terbitan mereka, tetapi masih banyak yang wujud di Netflix.

Namun, selepas ini tidak lagi. Ini kerana beberapa drama Marvel yang sebelum itu diterbitkan secara eksklusif di Netflix bakal pergi meninggalkan platform penstriman tersebut bermula 1 Mac depan.

Bermakna, dengan baki kurang dari 4 hari lagi, anda yang masih mahu menikmati drama Marvel di Netflix perlu menghabiskannya secepat mungkin memandangkan hari terakhir ia berada di Netflix adalah pada 28 Februari 2022.

Antara drama bersiri Marvel yang bakal meninggalkan Netflix ialah Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage, Iron Fist, The Defenders dan The Punisher.

photo_2022-02-25 12.34.50
photo_2022-02-25 12.34.52
photo_2022-02-25 12.34.53
photo_2022-02-25 12.34.54

Menurut laporan, kesemua drama tersebut akan kembali ke pangkal jalan yang mana platform Disney+ bakal menawarkannya semula. Akan tetapi, buat masa sekarang ia bermula di Kanada.

Walaupun belum ada kepastian, tetapi mungkin peminat tempatan akan menerimanya juga nanti di Disney+ Hotstar.

Dalam pada itu, bermula bulan hadapan, drama Moon Knight akan mula ditayangkan kepada peminat.

Sumber: mobilesyrup

Foto utama: Netflix

Baca juga:

  • OPPO Pad Dilancar, Guna Snapdragon 870 Dan Ada Stylus

  • Motorola Lancarkan Edge 30 Pro Untuk Global, Edge Plus 2022 Pula Untuk AS

  • Dengan 150 Ribu Baris Kod, Pelajar Ini Berjaya Menghasilkan Perisian Mengesan Teknologi ‘Deep Fake’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY