Barisan Model Superkomputer NVIDIA DGX Spark Dari Pelbagai Jenama Kini Di Malaysia, Harga Dari RM23 Ribu
Posted on
Jika anda mahu memiliki super komputer bertaraf industri di meja anda, anda kini sudah pun boleh memilikinya yang tersedia dari pelbagai jenama.
Lebih menarik, superkomputer bersaiz kompak ini kini boleh dimiliki pada harga yang amat berpatutan, bermula sekitar RM23 ribu sahaja.
NVIDIA DGX Spark direka khas untuk memberikan kuasa pengkomputeran gred industri dalam saiz yang kompak dan fleksibel dipacu cip pemproses berkuasa tinggi NVIDIA Grace Blackwell Superchip.
Ia sekali gus memenuhi permintaan jurutera AI, pembangun perisian, serta organisasi di Malaysia.
Sama ada anda sebuah syarikat pemula (startup) yang mahu membina model bahasa besar (LLM), institusi penyelidikan yang memerlukan pemprosesan data kompleks, mahupun syarikat yang ingin mempercepatkan transformasi digital, DGX Spark adalah jawapan terbaik untuk segala keperluan AI anda.
Berikut adalah antara model superkomputer dipacu NVIDIA DGX Spark yang sudah ditawar di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenama:-
GIGABYTE AI TOP ATOM
GIGABYTE AI TOP ATOM dikuasakan cip NVIDIA Grace Blackwell GB10 Superchip.
Ia dilengkapi dengan 128GB memori RAM bersepadu dan storan sehingga 4TB SSD.
AI TOP ATOM mampu mencapai prestasi sehingga 1 petaFLOP, menyokong model berskala besar sehingga 200 bilion parameter.
GIGABYTE AI TOP ATOM boleh ditawar dengan harga bermula sekitar RM24,000 hingga RM30,000.
Beli GIGABYTE AI TOP ATOM dari stor atas talian di:
MSI EdgeXpert MS-C931 ialah superkomputer AI bersaiz kompak berasaskan NVIDIA DGX™ Spark GB10 Grace Blackwell.
Ia digerakkan GPU Blackwell bersama CPU Arm 20-teras, memori LPDDR5x 128GB dan storan NVMe sehingga 4TB.
Prestasi mencapai 1000 AI TOPS (FP4), mampu melatih model sehingga 200 bilion parameter secara tempatan, atau 405 bilion apabila digabungkan rangkaian.
MSI EdgeXpert dijual pada harga sekitar RM23,000 hingga RM27,000.
HP ZGX Nano ialah stesen kerja AI bersaiz tapak tangan yang direka untuk membangunkan dan melatih model AI secara tempatan tanpa bergantung pada awan.
Dikuasakan cip NVIDIA GB10 Grace Blackwell dengan sehingga 1000 TOPS AI compute, ia menyokong model sehingga 200B parameter (405B jika digabungkan dua unit).
Dengan 128GB memori dan sokongan storan NVMe dari kapasiti 2TB sehingga 4TB, ia sesuai untuk beban kerja besar.
HP ZGX Nano dijual pada harga RM24,053 dari stor rasmi di:
Sepertimana model-model super komputer di atas, ASUS Ascent GX10 ialah superkomputer AI desktop ultra-kompak dikuasakan oleh NVIDIA Grace Blackwell Superchip.
Ia menawarkan 1 PFLOP kuasa pengiraan dan 128GB memori bersatu, sesuai untuk melatih serta menjalankan model besar sehingga 200 bilion parameter.
Sistem ini menyokong sambungan NVLink-C2C dan rangkaian ConnectX-7 untuk komunikasi pantas antara agen AI.
Dengan reka bentuk penyejukan canggih, ia 1.6 kali lebih efisien berbanding sistem lain, sekali gus ia dipilih memenangi anugerah Design Award dan reddot 2026.
ASUS Ascent GX10 tersedia dalam varian 1TB, 2TB dan 4TB yang boleh dimiliki pada harga bermula RM24,999 hingga RM29,999.
Lenovo ThinkStation PGX yang direka khusus untuk pembangunan AI dikuasakan oleh NVIDIA GB10 Grace Blackwell Superchip dengan CPU ARM 20-teras dan GPU Blackwell terbina.
Peranti ini hadir dengan memori 128GB LPDDR5x serta sokongan storan NVMe SSD sehingga 4TB.
Ia dilengkapi sistem operasi NVIDIA DGX™ OS bersama perisian AI seperti CUDA, PyTorch dan Jupyter Notebooks.
Sambungan termasuk USB-C, HDMI 2.1a, Ethernet, WiFi 7 dan Bluetooth 5.3.
Jika barisan model super komputer kompak di atas masih beum cukup berkuasa untuk anda, Nvidia ada menawarkan komputer meja DGX Station yang menggunakan cip NVIDIA GB300 Grace Blackwell Ultra Desktop Superchip yang lebih berkuasa.
Ia menyediakan sehingga 784GB memori koheren, sesuai untuk latihan AI berskala besar.
Cuma buat masa ini, semakan menunjukkan hanya komputer dari jenama Dell sahaja yang ada menawarkannya menerusi model Dell Pro Max with GB300.