Barisan Komputer Riba ROG Baharu Kini Rasmi, Ini Harga Buat Pasaran Tempatan

Bulan Jun ini memberi kita berita yang baik dengan pengumuman barisan komputer riba "gaming" AMD daripada ROG Malaysia. Mereka membawa masuk 4 komputer riba gaming baharu yang sudah pun tersedia di pasaran Malaysia.

4 komputer riba yang diumumkan itu adalah ROG Flow X13, ROG Zephyrus Duo 16, ROG Zephyrus G15 dan ROG Zephyrus G14. Berdasarkan butiran daripada pihak ROG Malaysia, berikut merupakan spesifikasi untuk setiap produk tersebut:

ROG Flow X13 (2022)




Komputer riba ROG Flow X13 (GV301R-ELI192W) dikuasakan cip AMD Ryzen 7 6800HS dan dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti dan memori RAM DDR5 sebesar 32GB.

Selain itu, komputer riba ini mempunyai saiz berukuran 13.4 inci pada resolusi 4K dengan sokongan kadar segar semua 60Hz dan storan SSD sebesar 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0. Untuk variasi model ini, ia akan dijual pada tanda harga RM13,999.

Di samping itu, terdapat variasi yang lebih murah, GV301R-CLJ056W yang menggunakan cip yang sama, AMD Ryzen 7 6800HS. Yang membezakan adalah model ini menggunakan NVIDIA GeForce RTX 3050, memori RAM DDR5 bersaiz 16GB, storan SSD 512GB M.2 NVMe PCIe 4.0.



Menggunakan saiz skrin yang sama 13.4 inci tetapi pada resolusi FHD dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Model ini akan dijual pada harga RM6,599.

ROG Zephyrus Duo 16 (2022)




Komputer riba ROG Zephyrus Duo 16 merupakan siri yang paling berkuasa dikalangan produk yang diperkenalkan ROG Malaysia pada kali ini.

Model yang paling berkuasa (GX650R-XLB199W) dilengkapi cip AMD Ryzen 9 6900HX dan kad grafik gaming yang paling berkuasa ketika ini, NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti.



ROG Malaysia memadankan gergasi ini dengan RAM DDR5 64GB dengan kelajuan 4800MHz dan storan 2TB + 2TB M.2 NVMe PCIe 4.0 dengan padanan RAID 0.

Di samping itu, panel skrin bersaiz 16 inci pada model ini menyokong 2 jenis resolusi (UHD pada 120Hz / FHD pada 240Hz). ROG Malaysia menjual model ini pada harga RM22,999.

Model yang ekonomi (GX650R-WLO106W) tidak kurang hebatnya kerana masih menggunakan cip yang sama. ROG Malaysia memadankan model ini dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti, RAM DDR5 32GB 4800MHz dan storan sebesar 1TB. 

Model ini akan dijual pada harga RM15,999.

ROG Zephyrus G15 (2022)




Terdapat 2 model yang diperkenalkan ROG Malaysia dalam siri ROG Zephyrus G15 pada tahun ini, GA503R-WLN102W dan GA503R-MHQ138W (Moonlight White) / GA503R-MHQ139W (Eclipse Gray).

Kedua-dua model menggunakan cip AMD Ryzen 7 6800HS, storan SSD 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 dan panel skrin 15.6 inci resolusi QHD. Yang membezakan 2 model tersebut adalah kad grafik RTX 3070 Ti (WLN102W) dan RTX 3060 (MHQ138W / MHQ139W).

Selain itu, model WLN102W mempunyai memori RAM sebesar 32GB dan 16GB untuk MHQ138W / MHQ139W tetapi pada kelajuan yang sama 4800MHz.



Model GA503R-WLN102W akan dijual pada harga RM9,999, manakala MHQ138W / MHQ139W pada harga RM7,999.

ROG Zephyrus G14 (2022)


Siri ROG Zephyrus G14 menampilkan 2 variasi model untuk pasaran Malaysia - GA402R-KL8201W dan GA402R-JL8173W (Moonlight White) / GA402R-JL8174W (Eclipse Gray).



Kedua-dua model tersebut dikuasakan AMD Ryzen 7 6800HS, storan SSD sebesar 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 dan skrin 14 inci pada resolusi QHD dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

ROG Malaysia membezakan 2 model ini dengan kad grafik Radeon RX 6800S pada KL8201W dan Radeon RX 6700S untuk model JL8173W / JL8174W.

Selain itu, model KL8201W mempunyai RAM DDR5 sebesar 32GB dan memori 16GB untuk model JL8173W / JL8174W tetapi pada kelajuan yang sama 4800MHz.



ROG Zephyrus G14 GA402R-KL8201W akan dijual pada harga RM9,999 dan GA402R-JL8173W (Moonlight White) / GA402R-JL8174W (Eclipse Gray) pula pada harga RM8,499.

Sumber: Siaran Akhbar ROG Malaysia

Baca juga: