Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kuantum cip

Cip Kuantum Mampu Selesaikan Tugasan 9,000 Tahun Dalam 36 Mikrosaat

Diterbitkan Jun 14, 2022 oleh Firdaus

Sekumpulan penyelidik daripada Xanadu, Toronto telah berjaya mengalahkan cip pemprosesan komputer terpantas sebelum ini dengan menggunakan cip komputer kuantum fotonik.

Dalam artikel kajian mereka yang diterbit dalam Nature, mereka telah menguji perbandingan penyelesaian tugas antara superkomputer dan cip kuantum fotonik mereka.

Superkomputer perlu mengambil masa sekitar 9,000 tahun untuk menyelesaikan tugas tersebut. Walau bagaimanapun, cip kuantum Borealis mereka mampu menyelesaikan tugasan tersebut hanya dalam 36 mikrosaat sahaja.

Komputer kuantum lebih berkuasa berbanding komputer tradisional kerana kemampuan mereka untuk memproseskan 3 unit data. Berbanding 2 unit data (1,0), komputer kuantum menggunakan qubit (quantum bit) yang terdiri daripada 1, 0 dan kedua-duanya.

Penyelidik Guna Virus Untuk Atasi Masalah Komputer Perlahan

Cip kuantum fotonik Borealis, menggunakan sinaran cahaya yang berurutan untuk menghantar maklumat kuantum. Cip Borealis mempunyai 219 qubit dan 129 daripadanya dapat dimanfaatkan dalam kajian ini.

Para penyelidik menganggap kajian ini sebagai satu pencapaian yang penting dalam bidang pemprosesan kuantum. Walaupun kajian ini memberikan satu keputusan yang memberangsangkan, kita masih jauh lagi sebelum menjadikan pemprosesan kuantum sebagai satu arus perdana.

Sumber: iflscience

Baca juga:

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Thirdhand Smoke’, Tak Dapat Asap Tapi Diancam
  • Laman Web Ini Didakwa Mampu Beri Data Terperinci Rakyat Malaysia
  • PUBGM X KL Gangster Akan Dilancarkan Pada Julai Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY