Berikutan sekatan yang dilakukan ke atas Rusia, Kremlin sedang memikirkan cara untuk memastikan perniagaan dan kerajaan terus berjalan. Yang terbaharu, Rusia sedang mempertimbangkan penggunaan perisian cetak rompak.
Berdasarkan undang-undang baharu ini, Rusia membernarkan kerajaan untuk guna mana-mana hak intelek tanpa persetujuan pemegang paten hanya sekiranya berlaku kecemesan berkaitan keselamatan dan pertahanan negara.
Penggunaan perisian cetak rompak di Rusia bukanlah perkara baharu. Menurut tinjauan yang dilakukan ESET pada tahun 2019, 91% rakyat Rusia didapati menggunakan perisian cetak rompak.
Buat masa ini, Rusia masih belum lagi mengambil langkah tersebut tetapi mungkin tidak lama lagi. Jika perkara ini berlaku, Tirai Siber antara Rusia dan negera Barat akan semakin menjurang.
Pelan ini akan digunakan pada syarikat yang dikenakan dikenakan sekatan untuk mewujudkan mekanisme pelesenan wajib untuk perisian, pangkalan data dan teknologi litar mikro bersepadu sahaja.
Seperti yang kita tahu, syarikat besar seperti Apple, Microsoft dan Samsung telah meyekat penjualan produk mereka kepada negara tersebut membuatkan perniagaan di Rusia menurun dengan drastik.
Apa sahaja langkah yang diambil oleh Kremlin, mungkin mereka akan mengecualikan syarikat China. Hal ini kerana, syarikat besar China seperti Xiaomi dan Honor sedang melihat situasi ini sebagai peluang mereka untuk mengaut keuntungan.
Namun ia masih dipertimbangkan disebabkan faktor masalah lain seperti logistik dan kewangan yang mungkin tidak menjamin keuntungan mereka.
Walaupun China tidak bersetuju dengan dasar Amerika Syarikat (AS) kepada Rusia, China masih lagi teragak-agak untuk membantu Rusia. Jika China melanggar sekatan AS, mereka akan turut rugi dalam pasaran global. Lagipun, pasaran Rusia ini kecil jika dibandingkan dengan pasaran global.
10 tahun yang lalu, pengesahan aplikasi boleh disahkan dengan memasukkan nombor siri. Tetapi kini perisian-sebagai-perkhidmatan (Software-as-a-service) ini semakin meluas dan kebanyakan perkhidmatan ini hanya tersedia melalui aplikasi web telah menyukarkan proses mencetak rompak.
Oleh itu, perkara ini mungkin akan menjadi masalah yang lebih berat kepada Rusia buat masa sekarang.
Sumber: arsTECHNICA
Baca juga: