Bakal Juara Taiwan Excellence eSports Cup 2019 Akan Bawa Pulang RM10 Ribu

Taiwan Excellence eSports Cup telah dilancarkan pada April lalu dan kejohanannya kini sudah tiba di kemuncak pusingan akhir yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga 13 Oktober 2019 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Sepanjang perjalanan kejohanan ini, ia telah merangkumi lebih 10 pertandingan LAN yang dianjurkan di dalam negara, menyaksikan 283 pasukan dan 1,415 peserta bersaing antara satu sama lain untuk kelayakan ke pusingan seterusnya.

Kejohanan selama tiga hari ini akan menyaksikan atlet-atlet e-sukan yang terbaik dari Malaysia bertarung dalam 3 kategori gaming utama yang berikut, CS: GO, DotA 2 dan League of Legends.

Juara bagi setiap kategori akan memenangi RM10 ribu dan pasukan yang menjuarai kategori CS: GO akan menerima peluang keemasan ke Taiwan untuk bertempur dengan empat negara-negara lain.



Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah melafazkan sokongannya terhadap kejohanan ini kerana ia merupakan satu peluang yang baik untuk belia kita pada zaman ini menyerlahkan bakat-bakat mereka menerusi platform #HealthyGaming.

Kejohanan ini juga mendapat sokongan dari jenama-jenama Taiwan termasuk Aorus, Aero, Cooler Master, InWin, MSI, Predator, Republic of Games (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK, dan ZOWIE.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai acara-acara gaming sampingan seperti Tekken 7, Super Smash Bros, PES 2019, dan Mobile Legends: Bang Bang.

Tambahan lagi, terdapat juga beberapa aktiviti yang menyeronokkan seperti lelongan produk-produk e-sukan pada harga eksklusif yang mampu menaikkan taraf kelengkapan gaming gamers, serta cabutan bertuah dan hadiah-hadiah percuma untuk semua peserta.

Paling penting sekali, di acara ini akan mempamerkan produk-produk terbaru seperti Predator Thronos yang bernilai lebih daripada RM40,000, dan ROG Phone II, yang belum dikeluarkan di pasaran Malaysia. Ia akan membuat penampilan buat kali pertama untuk tontonan orang ramai.

Jangan lepaskan peluang menonton siaran langsung kejohanan ini di halaman Facebook Taiwan Excellence.