Kali ini, vivo NEX 3 tersedia buat 16 pasukan teratas untuk kegunaan sepanjang pertandingan bagi mendapatkan pengalaman permainan yang lancar. Ia juga membawa teknologi yang inovatif, mampu meningkatkan prestasi pemain walaupun semasa permainan mudah alih yang paling sengit. Lebih bertujuan kepada peningkatan permainan terkini untuk memperkasakan pemain.
Ciri-ciri permainan direka bagi memperkasakan gamers untuk merebut Ultimate Chicken Dinner
NEX 3 menyediakan ciri permainan yang dinaik taraf seperti Enjin Multi-Turbo, yang menggabungkan Game Turbo, Center Turbo, Cooling Turbo dan AI Turbo untuk membawakan pengalaman permainan yang mendalam.
Selain itu, Mod Turbo di dalam Vivo NEX 3 ini memang direka khusus dan disesuaikan untuk permainan PUBG Mobile. Apabila fungsinya dihidupkan, ia akan memaparkan ciri pengoptimuman yang menyokong HDR +.
Telefon pintar ini juga mempunyai Mod Ultra Game yang menghalang segala notifikasi mesej daripada masuk, jadi seacara tidak langsung ciri ini akan membolehkan pemain untuk menumpukan perhatian mereka kepada permainan.
Pengalaman permainan yang sempurna dengan rangkaian isyarat dwi Wi-Fi
Ini penting untuk pemain terutamanya ketika bermain PUBG Mobile. NEX 3 menghubungkan 2.4GHz dan 5GHz Wi-Fi serta menggunakan algoritma yang canggih untuk mengurangkan kelewatan rangkaian mudah alih dan meningkatkan kelajuan muat turun. Ia juga mampu memberikan persekitaran permainan yang sangat baik.
Vivo Nex 3
Meningkatkan kelajuan muat turun sehingga 1500+Mbps dan kelajuan memuat naik kepada 140+Mbps. Nex 3 membolehkan pemain menerima pengalaman permainan yang lebih lancar.
Dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus, padanan RAM 8GB serta ruang simpanan 256GB berasaskan UFS 3.0. Turut sama melengkapkan sistem dalaman adalah sistem penyejukan Vapor Chamber Cooling.
Berkaitan
- PUBG Mobile Beri Amaran Kepada Fortnite
- Senheng Beri 1 Tahun Jaminan Tambahan Untuk Pembelian Vivo V17 Pro
- Electronic Arts(EA) Tidak Mengadakan Persidangan Di Acara E3 2019
- Iraq Pula Haramkan Fortnite & PUBG Di Peringkat Nasional
- Huawei Mate 30 Pro Dikatakan Akan Hadir Dengan Tetapan 5 Kamera Utama
- Kalah Kes Berkaitan Paten, Apple Diarah Bayar $31 Juta Kepada Qualcomm
- Rekaan 3D Bagi PlayStation 5 Dikeluarkan, Tampil Dengan Hiasan LED Angka Roman "V"
- Spesifikasi Penuh vivo iQOO Tersenarai Di TENAA, Bakal Diperkenalkan Pada 1 Mac
- Samsung Rugi RM 543 Billion Akibat Kesilapan 'Typo' Pekerja Mereka
- Imej Tertiris Google Pixel 3 XL Dedahkan Peranti Berkenaan Bakal Hadir Dengan Rekaan Takuk