Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
#realmeGT3 240W 2

realme GT 3 Ditunjuk Mampu Penuh 100% Dalam Masa 9 Minit 37 Saat

Diterbitkan Februari 21, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

realme memuat naik sebuah video menunjukkan telefon yang akan dilancarkan mereka iaitu realme GT 3 mampu dicas 0-100% dalam 9 minit 37 saat.

Untuk pengetahuan anda, ia menjadi telefon dengan pengecasan paling pantas di dunia hari ini kerana sokorealmeng kelajuan sehingga 240W.

Dengan kelajuan 240W itu, ia mengambil masa 9 minit 37 saat untuk memenuh bateri realme GT 3 yang berkapasiti 4600mAh.

Untuk mencapai 50%, ia mengambil sekitar 4 minit.

Berkaitan

  • realme GT Neo5 Dilancar, Pertama Di Dunia Dengan Kelajuan Cas 240W
  • realme 10 Rasmi Untuk RM999, Dilengkapi Super AMOLED Dan Kamera 50MP
  • realme GT3 Dengan Pengecasan 240W Sah Masuk Malaysia

Di belakang, terdapat lampu yang berbentuk C yang menyala apabila dicas. Ia akan berwarna merah apabila bateri terlalu sedikit dan bertukar ke warna ungu apabila melepasi 20%.

realmeGT3 240W 4

Semasa dicas, ia akan berkelip perlahan tapi capai saja 100%, cahaya ungu tersebut akan terus bernyala secara tetap.

realmeGT3 240W 3

realme Malaysia sudah mengesahkan bahawa telefon ini akan didagangkan untuk pasaran tempatan tetapi tidak dikongsi tarikh terperinci ketersediaannya.

Untuk pelancaran antarabangsa, ia akan rasmi dalam acara MWC 2023 hujung Februari ini.

#realmeGT3 240W

Di China, realme GT Neo 5 turut tersedia dalam varian 150W namun tidak pasti apakah pilihan varian sama turut ditawarkan untuk global.

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY