Iphone 11 Pro Max telah menjadi peranti yang mempunyai paparan terbaik oleh DisplayMate baru-baru ini dan telah berjaya menewaskan Samsung Galaxy Note 10plus yang juga mendapat anugerah tersebut sebelum ini.

Baru-baru ini juga, sebuah channel bernama Max Tech yang terkenal dengan ulasan gajet terutamanya telefon pintar telah memuat naik satu video di Youtube yang bertajuk “Why The Iphone 11 Pro Display DESTROYS The Note 10’s”. Dalam video tersebut pengacaranya iaitu Max Yuryev akan menerangkan bagaimana paparan Iphone 11 Pro Max lebih hebat dari Samsung Galaxy Note 10plus sedangkan panel paparan tersebut dibuat oleh Samsung sendiri.

IKLAN

Pertama sekali, Max Yuryev membuat ulasan mengenai i kecerahan paparan di mana Iphone 11 pro Max amat cerah berbanding Samsung Galaxy Note 10 Plus tanpa sebarang mod dan software yang melimitkan kecerahan paparan. Beliau juga berulang kali menguji kecerahan peranti pada tahap kecerahan maksimum dan tidak mengaktifkan mod auto kecerahan dan hasilnya masih Iphone 11 Pro Max jauh lebih cerah berbanding Note 10Plus.

IKLAN

kemudian, beliau menguji kedua-dua paparan peranti tersebut dengan membuka aplikasi Youtube, dan dengan mengaktifkan mod gelap bagi aplikasi tersebut. Hasilnya, paparan Iphone 11 Pro Max masih lebih cerah berbanding Note 10Plus namun kali ini perbezaannya tidak begitu ketara. Selepas itu, beliau menguji pula kedua peranti tersebut dengan memainkan video HDR Netflix dan hasilnya ialah tetap sama.

Beliau juga menguji kedua-dua paparan peranti di bawah sinaran cahaya matahari. Hasilnya agak berbeza kerana kali ini paparan Samsung Galaxy Note 10Plus dilihat lebih cerah di bawah sinaran matahari berbanding Iphone 11 pro Max. Ini jelas menunjukkan bahawa paparan Note 10Plus setanding dengan paparan Iphone 11 Pro Max dengan 1,200 nits namun, pada beberapa situasi ia tidak dapat mencapai tahap maksimum mungkin disebabkan oleh limitasi hardware dan juga software.

Beliau juga menjelaskan persoalan mengenai panel paparan Iphone yang dibekalkan oleh Samsung. Beliau menyatakan sememangnya panel tersebut dari Samsung, namun Samsung hanya membekalkan panel sahaja tetapi pihak Apple sendiri yang membuat penambahbaikan dari segi display controller, calibration, software dan pelbagai lagi penambahbaikan yang telah membezakan kualiti paparan tersebut. Jika dilihat dari atas kertas, spesifikasi panel kedua peranti ini dilihat mempunyai paparan yang hampir sama namun pada realitinya terdapat perbezaan di mana bukan sahaja dari segi kecerahan paparan, tetapi dari segi ketepatan warna, reflection, contrast dan pelbagai lagi.

Ini dibuktikan oleh ujian yang dibuat oleh DisplayMate apabila mereka telah mengesahkan bahawa paparan Iphone 11 Pro Max mempunyai warna yang paling tepat, kecerahan paparan tertinggi, Kecerahan HDR tertinggi dan pelbagai lagi.

Beliau juga menambah, hasil ujian DisplayMate juga mendapati Samsung Galaxy Note 10 Plus hanya mempunyai skor 410 nits untuk kecerahan maksimum paparan manakala Iphone 11 Pro Max mendapat skor sebanyak 770 nits. Bagi penggunaan kecerahan paparan pada tahap sederhana, Note 10Plus mendapat skor 465 nits manakala Iphone 11 pro max mendapat skor sebanyak 821nits dan ia merupakan perbezaan yang besar.

Secara kesimpulannya, beliau mengakui bahawa pada mulanya beliau juga agak terkejut apabila DisplayMate mengumumkan Iphone 11 Pro Max mempunyai paparan terbaik bagi telefon pintar. Namun selepas diuji sendiri, terbukti bahawa paparan peranti mercu terbaru Apple itu lebih baik berbanding Samsung Galaxy Note 10 Plus.

Sumber: Max Tech