Axle Sports Umum E1 Championship Dengan Hadiah Terkumpul USD15,000


Hari ini eGG Network dengan kerjasama Axle Sports yang dimiliki bekas pelumba Formula One negara, Alex Yoong melancarkan E1 Championship.

Ia merupakan satu siri perlumbaan dalam talian dengan jumlah hadiah terkumpul sebanyak USD 15,000.

E1 Championship diadakan bertujuan untuk mencari pemandu terbaik di rantau Asia Pasifik.



Menurut Ketua Sukan Astro, Lee Choong Khay, terdapat peningkatan minat terhadap sukan e-motorsports dengan hampir 500,000 peminat Malaysia menonton eRacing GP SEA di eGG Network.

Tambahnya lagi, saluran eGG akan menyiarkan siaran langsung kejohanan ini termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Myanmar dan Australia.



Kejohanan lapan pusingan itu akan menyaksikan peserta berlumba di RaceRoom di Litar Antarabangsa Sepang bermula 18 November 2020.

Bagi anda berminat, pendaftaran sudah dibuka di laman E1 Championship.