NetEase Games Umumkan Top Clans 2020 Di eGG Network

Top Clans tahun ini kembali dengan lebih besar dan lebih berani. Dengan hadiah yang terkumpul yang lebih banyak, judul permainan yang bertambah dan nilai produksi yang berprestij, Top Clans 2020 akan mencipta rekod baru dan membawa kegembiraan kepada lebih banyak peminat daripada sebelumnya.



Tahun lalu, berjuta-juta peminat menikmati Top Clans 2019, salah satu kejohanan e-sukan terbesar tahun ini. Dengan jangkauan lebih dari 24 juta, siaran rasminya ditonton lebih dari 9 juta kali oleh penonton di seluruh dunia.

Tahun ini, NetEase Games akan mencatatkan jumlah yang lebih besar, mendahului penampilan sulung tahun lalu. Mereka akan melakukan ini dengan lima jenis e-sukan yang akan dipertandingkan.



 

Dengan hadiah berjumlah USD 85,000 dan pelbagai permainan menarik seperti Rules of Survival, Dota 2, MARVEL Super War, Tom and Jerry: Chase dan Tekken 7, peminat e-sukan Malaysia akan dapat menonton semua aksi tersebut secara langsung di eGG Network (Astro CH800) mulai 25 September 2020 ini.



Kejohanan Top Clans 2020 akan bermula pada 25 September 2020, dengan peringkat kumpulan dan akan berakhir pada 8 November 2020. Buat masa ini, pihak NetEase Games belum mengumumkan maklumat dan tarikh pendaftaran bagi kejohanan ini.

Buat peminat Malaysia yang ingin menonton kejohanan Top Clans 2020, anda boleh menonton siaran mingguan Top Clans 2020 (secara langsung dan siaran tertangguh) di eGG Network (Astro CH800) dan laman web www.egg.network.