Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pendaftaran Kejohanan E1 Championship Musim Pertama Kini Dibuka

Posted on Mac 15, 2021

Tahun lalu, perlumbaan dalam talian, kejohanan E1 Championship diadakan buat julung-julung kalinya. Mengorak langkah ke tahun 2021, kini kejohanan musim pertama akan berlangsung bermula pada 7 April ini.

Seperti tahun lepas, kejohanan ini menyaksikan para pemain menunjukkan kemahiran dan bakat dalam merebut hadiah terkumpul berjumlah US$15,000 (~RM61747).

Pada edisi kali ini, 15 pemandu daripada 11 pasukan termasuk johan tahun lalu, iaitu Naquib Azlan akan bersama-sama menyertainya.

Bermakna, terdapat lagi tiga slot pasukan dimana satu pasukan harus mempunyai dua pemandu untuk turut serta dalam kejohanan ini. Selain itu, bayaran dikenakan setiap pasukan yang berharga US$3000 (~RM12349).

Kesemua 14 pasukan dan 28 pemandu akan berentap sesama sendiri dalam E1 Championship yang akan bermula 7 April. Sekiranya anda berminat, pendaftaran sudah pun dibuka sehingga 24 Mac melalui pautan ini.

Sumber: Siaran Akhbar E1 Championship

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress