Kurang seminggu yang lalu, Maxis tampil memperkenalkan pelan prabayar tanpa had Hotlink Prepaid Unlimited. Kini tibalah pula giliran untuk Celcom melalui Truly Unlimited Prepaid. Pelan prabayar dari Celcom ini menyediakan dua pilihan iaitu iaitu mingguan serta bulanan yang masing-masing berharga RM12 dan RM35. Kedua-duanya menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian. Selain daripada itu,…
Pengarang: Helmi Samsuri
RAM 16GB Dan Pengecasan 120W Mungkin Pertaruhan Xiaomi Selepas Ini
Peranti dilengkapi dengan kapasiti memori RAM 8GB sehingga 12GB bukanlah sesuatu yang asing kita dengar ketika ini. Bahkan Nubia sebelum ini sedia memperkenalkan peranti dengan RAM 16GB, dan ia mungkin disusuli oleh Xiaomi berdasarkan khabar angin terbaharu. Menerusi desas-desus dari China, Xiaomi akan memuatkan memori RAM 16GB pada peranti mereka. Dikatakan sudah berada dalam fasa…
Dropbox Sedang Uji Aplikasi Untuk Simpan Kata Laluan
Sebahagian daripada kita ada menggunakan Dropbox sebagai tempat simpanan dokumen dalam talian. Selain menyediakan kemudahan tersebut, ia kini dilihat sedang menguji perkhidmatan lain melalui aplikasi Dropbox Password. Aplikasi terbaharu ini dilihat sama seperti aplikasi pengurusan kata laluan yang lain. Antara fungsi utama adalah untuk simpan kata laluan, log masuk halaman web dan aplikasi dengan lebih…
Data Percuma 1GB Sehingga Hujung Tahun Bukan Untuk Media Sosial Dan Permainan
Menerusi pengumuman perutusan yang disampaikan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu, rakyat Malaysia bakal menikmati data harian percuma 1GB. Dipanggil sebagai Internet Produktiviti 1GB, penawaran data percuma ini akan dijalankan bermula pada 10 Jun ini sehingga 31 Disember 2020 bagi penggunaan dari 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari. Antara pengendali telekomunikasi yang terlibat sama…
Bursa Malaysia Lancar Bursa Academy, Platform Pembelajaran Dalam Talian Untuk Pelabur
Bursa Malaysia Berhad baru-baru ini telah melancarkan sebuah platform pembelajaran dalam talian dikenali sebagai Bursa Academy. Platform ini dibangunkan sebagai sebuah portal pembelajaran sehenti yang menawarkan informasi serta permainan interaktif. Bursa Academy tampil dengan antaramuka yang ringkas serta mesra pengguna. Ia disasarkan kepada pelabur runcit pada Pasaran Sekuriti, Pasaran Derivatif serta Pasaran Modal Islam. Platform…
Kerajaan Umum Pemberian RM50 Untuk e-Dompet
Melalui Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disampaikan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, kerajaan telah mengumumkan inisiatif ePenjana. Melaluinya, rakyat Malaysia bakal menikmati RM50 yang akan dikreditkan pada e-Dompet. Selain itu, ia turut dipadankan dengan baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal. Ia akan disalurkan kepada warganegara Malaysia yang berumur…
