“Ancaman AI Kepada Dunia Lebih Besar Berbanding Korea Utara”, inilah yang digambarkan oleh Elon Musk pada tweet beliau. Pemilik Tesla dan juga SpaceX itu mendakwa, kekuatan AI atau kecerdasan buatan yang dipelopori di peringkat antarabangsa mungkin boleh menyebabkan perang dunia ke-3 tercetus. Negara-negara besar seperti China, Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai kepakaran komputer sains…
Pengarang: Helmi Samsuri
Whatsapp Bakal Perkenal Aplikasi Yang Memudahkan Peniaga Dan Pembeli Berhubung
Sejak penggunaan meluas telefon pintar, cara kita menghantar mesej kepada kenalan turut berubah. Jika dahulunya kita menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), kini kebanyakkan dari kita beralih kepada platform Whatsapp. Umum mengetahui bahawa kebanyakan peniaga dan pembeli dalam talian lebih gemar berhubung antara satu sama lain dengan Whatsapp kerana ia lebih cepat dan mudah. Melihat kepada…
Xiaomi Mi A1 Dilancar Secara Rasmi, Dwi Kamera Dan Beroperasi Dengan Android Asli
Terbaru, telefon pintar model Mi A1 dari pengeluar terkemuka, Xiaomi sudah dilancarkan dengan rasminya pada acara yang berlangsung di New Delhi, India. Dengan pelancaran ini, syarikat turut mengumumkan penyertaan mereka dalam program Android One dengan membawakan sistem operasi Android asli (stock Android) ke dalam telefon pintar berkenaan. Keluaran baru ini bakal tampil dengan sistem…
Laman Youtube To MP3 Conversion Ditamatkan Berikutan Melanggar Akta Hak Cipta
Kebanyakkan dari kita sering kali mengambil jalan mudah mendapatkan audio format MP3 dari Youtube iaitu dengan hanya menukarkan video kepada format berkenaan tanpa memikirkan ia menyalahi undang-undang ataupun tidak. Salah satu laman yang menawarkan servis penukaran itu adalah YouTube- MP3.org, tetapi kini mereka berdepan dengan saman daripada Recording Industry Association of America (RIAA) dan disebabkan…
Galaxy Note 8 Dan Sony Xperia XZ1 Menyokong Penstriman HDR Netflix
Jika disebut tentang penstriman HDR di Netflix, tidak banyak peranti yang tersenarai untuk sokongan itu. Terbaru, dua lagi model telefon pintar yang dilancarkan bulan lalu, Samsung Galaxy Note 8 dan Sony Xperia XZ1 turut hadir dengan sokongan penstriman HDR di Netflix. Senarai itu pertama kali dilihat berada pada ruangan FAQ Netflix oleh laman Android Police…
Diesel Kini Memasuki Pasaran Jam Tangan Pintar, Perkenal 5 Buah Model
Diesel, satu nama yang tidak asing lagi dalam pasaran jam tangan dan kini, mereka tidak mahu ketinggalan dalam zaman serba moden, jam tangan pintar Android pula diperkenalkan. Minggu sudah, syarikat pengeluar jam tangan itu telah melancarkan bukan satu, tetapi 5 model jam tangan pintar pada acara IFA yang berlangsung di Berlin. Ia pertama kali diumumkan…
