Umum mengetahui McAfee merupakan salah satu perisian antivirus yang popular dan sehingga kini, lebih daripada 375 juta pengguna menggunakannya. Bagi mengembangkan lagi penawaran sedia ada yang berkisar kepada perlindungan daripada perisian hasad, pada acara CES2018, McAfee telah mengumumkan mereka bakal memberi fokus terhadap perlindungan pencurian identiti. Idea McAfee adalah menyediakan perlindungan sambungan internet dirumah, keselamatan…
Pengarang: Helmi Samsuri
DJI Perkenalkan Gimbal Untuk Telefon Pintar Dan Kamera DSLR
Pengeluar dron dari China, DJI, telah memperkenalkan dua versi gimbal pada acara CES 2018 kali ini. Dua gimbal terbabit, OSMO Mobile 2 dan Ronin S bakal disasarkan kepada pengguna telefon pintar dan juga pengguna kamera DLSR. OSMO Mobile 2 Gimbal untuk telefon pintar ini merupakan rekaan semula daripada versi lama dan kini ia dilengkapi integrasi…
Ryzen Generasi Kedua Bakal Dilancar April Ini
Pada acara CES 2018, AMD tampil beberapa pengumuman dan salah satu daripadanya adalah mengenai cip pemprosesan Ryzen generasi ke-2 yang dijadualkan pelancarannya pada April hadapan. Generasi seterus ini bakal dikenali sebagai Zen+, dibangunkan dengan teknologi 12nm yang menjanjikan kadar kelajuan clock yang lebih tinggi, dan teknologi Precision Boost 2 memberikan prestasi dan kecekapan yang lebih baik….
Gandingan Intel Dan AMD Hasilkan CPU Generasi Ke-8 Berserta GPU AMD RX Vega M
Umum mengetahui Intel merupakan seteru utama AMD sejak bertahun lamanya, tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi kedua-duanya bekerjasama menghasilkan produk terbaik bagi peminat mereka. Gandingan dua syarikat gergasi perkomputeran itu telah menampakkan hasil dengan pengenalan cip gabungan antara pemprosesan generasi ke-8 dari Intel dengan pemprosesan grafik keluaran AMD. Hampir dua bulan lamanya sejak kerjasama ini…
Samsung Memperlihatkan ” The Wall”, TV Berukuran 146 Inci
CES merupakan antara acara teknologi tahunan terbesar yang menghidangkan pelbagai produk dari teknologi kereta pandu sendiri hinggalah kepada peralatan elektronik seperti TV. Untuk edisi 2018, Samsung telah memperkenalkan TV bersaiz besar dengan rekaan bingkai nipis dipanggil sebagai The Wall. TV berukuran 146 inci itu menggunapakai teknologi paparan baru dikenali sebagai MicroLED yang berupaya menyalurkan paparan…
Acer Swift 7 Generasi Baru Diumumkan, Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia
Tahun lalu HP Spectre 13 mendapat jolokan sebagai komputer riba paling nipis di dunia dengan ketebalan sekitar 10.41mm, tetapi nampaknya ia tidak bertahan lama dengan kehadiran model baru dari Acer. Acer Swift 7 yang diperkenalkan pada acara CES 2018 semalam merupakan generasi baru dengan dengan ukuran tebal hanya 8.98mm, menjadikan ia komputer ternipis di dunia…
