Dalam beberapa hari lagi, dikatakan Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note 10 Lite (dua model berbeza) bakal dilancarkan di Eropah. Imej Note 10 Lite telah mula dimuatnaik, namun untuk S10 Lite belum ada lagi imej berkenaan peranti berkenaan. Tetapi tidak mengapa kerana spesifikasi utama peranti ini telah mula dilondehkan. Menurut WinFuture, S10 Lite akan hadir…
Pengarang: Meor Hasyim
Facebook Sendiri Sahkan Mereka Tetap Jejak Pengguna Walaupun Tetapan Lokasi Sudah Ditutup
Syarikat teknologi menjejak dan mengorek data pengguna sememangnya berita tidak asing lagi. Namun, jika syarikat itu mengaku dan memberi alasan mengapa mereka melakukan sedemikian, orang ramai curiga dan ingin tahu alasan apakah yang memberi justifikasi kepada tindakan syarikat tersebut. Sedangkan ia terang-terang mencabuli hak privasi pengguna. Terbaru, Facebook sendiri sahkan mereka sememangnya jejak lokasi pengguna…
Mac Pro Merupakan Produk Apple Paling Mudah Untuk Dibaikpulih
Sebagai tradisi, pihak iFixit telah membedah Apple Mac Pro terbaharu ini untuk melihat tahap baikpulih produk tersebut. Jadi, setelah dibuka setiap satu komponen, mereka memberi skor 9/10 menandakan ia sangat mudah dibaiki. Mereka memuji produk tersebut sangat mudah dibuka dan diganti tanpa memerlukan alatan tambahan. Dengan rekaan modular, setiap komponen pada komputer ini mudah dicabut…
Realme Lancar Fon Telinga Realme Buds Air Yang Turut Punyai Mod Gaming
Bersama-sama dengan pelancaran Realme X Pro di India, Realme turut menyertakan fon telinga true wireless system (TWS) pertama mereka – Realme Buds Air. Fon telinga ini mempunyai pemacu audio 12mm dan juga menggunakan diafragma dimport khas dari jenama LCP. Terdapat 2 mikrofon terbina yang digunakan untuk pembatalan hingar. Satu mikrofon untuk mengesan suara manusia dan…
HONOR MagicWatch 2 Dibawa Masuk Malaysia Pada Harga RM699
HONOR MagicWatch 2 secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia. Jam tangan pintar ini adalah pengganti kepada HONOR MagicWatch sebelum ini. Dengan model baharu ini, ia menawarkan bateri hayat sehingga 14 hari. Ia dikuasakan oleh cip Kirin A1 yang juga menyokong Bluetooth 5.1, dwi-frekuensi GPS, dan mempunyai kalis air sehingga 5 ATM. Terdapat 4GB storan dalaman…
Samsung Galaxy A01 Dilancarkan – Spesifikasi Kelas Permulaan Dengan RAM sehingga 8GB
Minggu lepas kita telah menyaksikan Samsung mengumumkan model Galaxy A71 dan A51 sebagai pembuka tirai untuk siri Galaxy A 2020. Hari ini, secara senyap-senyap, Samsung melancarkan satu lagi model dari siri A iaitu Galaxy A01. Galaxy A01 ini merupakan model kelas permulaan, jadi mungkin sebab itu Samsung tidak membuat pengumuman melalui acara khas. Sebaliknya, mereka…
