Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Realme Lancar Fon Telinga Realme Buds Air Yang Turut Punyai Mod Gaming

Realme Lancar Fon Telinga Realme Buds Air Yang Turut Punyai Mod Gaming

Diterbitkan Disember 18, 2019 · Dikemas kini Disember 20, 2019 oleh Meor Hasyim

Bersama-sama dengan pelancaran Realme X Pro di India, Realme turut menyertakan fon telinga true wireless system (TWS) pertama mereka – Realme Buds Air.Realme Buds Air

Fon telinga ini mempunyai pemacu audio 12mm dan juga menggunakan diafragma dimport khas dari jenama LCP. Terdapat 2 mikrofon terbina yang digunakan untuk pembatalan hingar. Satu mikrofon untuk mengesan suara manusia dan satu lagi mengesan bunyi latar belakang.

Ia mempunyai cip khas R1 untuk mengurangkan latensi audio. Turut terdapat Bluetooth 5.0 untuk sambungan kepada peranti. Dengan bantuan cip itu juga, fon telinga akan automatik bersambung apabila kerangka dibuka setelah disambungkan kepada peranti untuk kali pertama.

Antara fungsi menarik Realme Buds Air adalah ia mempunyai mod gaming. Menggunakan mod ini, fon telinga boleh mengurangkan latensi sehingga 51%. Menurut Realme, latensi dengan mod gaming ini adalah pada 120ms sahaja.Realme Buds Air Gaming Mode

Antara fungsi lain adalah Smart Wear Detection. Ia mempunyai sensor yang mengesan pemakaian fon telinga dan jika fon telinga dicabut. Turut terdapat juga adalah kawalan gesture sepeti tap 2 kali untuk main/henti, 3 kali untuk langkau lagu, tekan untuk menyeru Google Assistant dan sebagainya.

Berkenaan dengan hayat bateri, fon telinga ini menawarkan penggunaan sehinggga 3 jam dan sehingga 17 jam dengan kerangkanya. Tambahan lagi, ia menyokong pengecasan tanpa wayar, dan mempunyai LED dan USB–C untuk pengecasan biasa.e-LKM MyJPJ 3

Terdapat 3 pilihan warna yang dijual – kuning, putih, dan hitam. Ia dijual pada harga ₹3,999 (~RM232) di India sahaja buat masa ini.

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY