Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy a01

Samsung Galaxy A01 Dilancarkan – Spesifikasi Kelas Permulaan Dengan RAM sehingga 8GB

Diterbitkan Disember 18, 2019 · Dikemas kini Disember 18, 2019 oleh Meor Hasyim

Minggu lepas kita telah menyaksikan Samsung mengumumkan model Galaxy A71 dan A51 sebagai pembuka tirai untuk siri Galaxy A 2020. Hari ini, secara senyap-senyap, Samsung melancarkan satu lagi model dari siri A iaitu Galaxy A01.

Galaxy A01 ini merupakan model kelas permulaan, jadi mungkin sebab itu Samsung tidak membuat pengumuman melalui acara khas. Sebaliknya, mereka hanya mengemaskini peranti ini pada laman sesawang mereka sahaja.

Peranti ini mempunyai skrin kecil 5.7 inci HD dengan disertakan takuk “Infinity-V”. Takuk itu memuatkan kamera swafoto 5MP (f/2.0). Terdapat 2 kamera belakang – 13MP (f/2.2) utama dan 2MP (f/2.4) depth.Samsung Galaxy A01 quietly unveiled with 5.7'' HD screen, plenty of memory

Di dalam, ia dijana oleh cip pemprosesan 8 teras. Samsung tidak memberitahu secara spesifik jenis apakah cip itu pada laman mereka. Untuk konfigurasi memori, Samsung juga bermurah hati menawarkan 6GB/8GB RAM serta storan dalaman 128GB. Ia juga turut menyokong kad mikroSD sehingga 512GB.

Samsung Galaxy A01 Dilancarkan – Spesifikasi Kelas Permulaan Dengan RAM sehingga 8GB

Peranti dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3,000mAh dan terdapat dalam 3 pilihan warna yang dijual iaitu hitam, merah, dan biru. Walaupun peranti ini telah dilancarkan, Samsung tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai tarikh jualan, pasaran yang dijual, dan harga peranti.

Sumber: Samsung 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY