Pengeluar-pengeluar komputer kini mula sibuk menyenaraikan model-model perkakasan utama mereka iaitu papan litar (motherboard) yang tersedia menyokong sistem opearsi Windows 11 yang baru sahaja diumumkan Microsoft minggu lalu. Antara pengeluar komputer terawal yang menyenaraikan model keluaran motherboard mereka yang tersedia menyokong Windows 11 adalah ASUS. ASUS menyenaraikan sebanyak 14 model motherboard mereka yang tersedia dengan Trusted Platform Module (TPM)…
Pengarang: ariff bukhari
Ini Senarai Papan Litar BIOSTAR Yang Tersedia Menyokong Windows 11
Tidak lama selepas Microsoft mengumumkan sistem operasi terbaru Windows 11 kepada umum, Syarikat pengeluar perkakasan komputer BIOSTAR telah menyenaraikan model-model papan litar komputer (motherboard) mereka yang tersedia menyokong sistem operasi tersebut. Berikut adalah senarai papan litar BIOSTAR dengan cip pemprosesan Intel dan AMD yang menyokong Windows 11:- Intel Series Z590 series B560 series B460 series…
Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan untuk melabur sebanyak RM15 bilion untuk tempoh 10 tahun bagi pembangunan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia. Sehubungan itu, Kerajaan telah menjemput beberapa syarikat antarabangsa untuk menyertai tender bagi projek infrastruktur 5G di Malaysia. Sebanyak 8 syarikat yang telah dijemput oleh Digital Nasional Berhad (DNB) bagi menyertai tender tersebut iaitu Nokia,…
Pelajar Redah 5KM Ke Puncak Bukit Demi PdPR Dapat Perhatian SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi
Selepas berita kesukaran 400 pelajar mendapatkan capaian internet demi PdPR dilaporkan media beberapa hari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melaksanakan pemeriksaan di lokasi aduan tersebut. Masalah capaian Internet lemah itu berlaku kepada penduduk di Kg. Bahagia, Kuala Krai dan juga beberapa buah kampung sekitarnya iaitu Kg. Mambong dan Kg. Sungai Rimau. Masalah…
6 Syarat Bagi Melayakkan Anda Memohon Skim Internet Selangor M40 Yang Akan Dibuka Mulai Esok
Sebelum ini telah dilaporkan tawaran Skim Internet Selangor (SISM40) yang merupakan inisiatif kerajaan negeri tersebut dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) memperuntukkan subsidi internet kepada golongan M40 sebagai respon terhadap luahan rasa kecewa mereka kerana kurang menerima bantuan. Sebagai makluman peringatan semula, permohonan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) itu akan boleh dibuat mulai esok secara dalam talian….
TNB Dan SESB Tidak Akan Melaksanakan Pemotongan Bekalan Elektrik Terhadap Pelanggannya Ketika Ini
Sebelum ini telah dilaporkan bahawa penyedia perkhidmatan elektrik di seluruh negara menawarkan rebat kepada penggunanya di seluruh negara termasuklah pengguna domestik dan bukan domestik. Ia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang terpaksa dilanjutkan bagi mengekang penularan COVID-19 di dalam negara. Sehubungan itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan pemberian diskaun…
