Windows 11 sudah pun mula ditawarkan untuk semua komputer yang menyokong versi terbaru sistem komputer sejak lebih 6 bulan lalu. Walaupun dalam spesifikasi Windows 11 ada menyatakan pengguna perlukan capaian internet untuk proses pemasangan sistem itu, tetapi ia tidak terpakai untuk semua edisi Windows 11. Buat masa ini, hanya Windows 11 edisi Home sahaja yang…
Pengarang: ariff bukhari
MCMC Simpati Kepada Pelajar Yang Terpaksa Mendaki Bukit Bagi Mendapat Capaian Internet Di Pakan, Sarawak
Baru–baru ini media melaporkan tentang kesusahan yang dihadapi oleh seorang pelajar dari Pakan, Sarawak yang terpaksa mendaki bukit semata-mata bagi mengikuti sesi temu ramah kemasukan ke sebuah universiti tempatan akibat daripada masalah capaian Internet di rumah panjang beliau. Isu itu dilaporkan berlaku kepada seorang pelajar di rumah panjang Suing, Teberu, Ulu Kemalih, Pakan, Sarawak. Respon…
Ribut Solar Terburuk Diramalkan Akan Berlaku Pada 25 Julai 2025
Pada 9 Februari lalu telah dilaporkan tentang 40 buah satelit Starlink milik SpaceX yang terkesan dengan fenomena ribut solar sehingga menyebabkan kerosakan pada satelit-satelit tersebut. Insiden itu berlaku hanya sehari selepas satelit-satelit itu dilancarkan ke angkasa lepas. Menurut SpaceX, ribut solar yang berlaku itu telah meningkatkan suhu dan ketumpatan atmosfera Bumi secara mendadak. Sekaligus mengganggu keadaan…
Perisian Hasad Paling Merbahaya Di Dunia Dikesan Kembali Aktif Menjangkiti Jutaan Komputer Di Seluruh Dunia
Perisian hasad Emotet pertama kali dikesan pada 2014 sebagai perisian hasad perbankan. Ia kini kembali dikesan aktif sejak November 2021 lalu oleh penyelidik keselamatan dari Palo Alto Networks Unit 42. Emotet yang dianggap sebagai salah satu daripada perisian hasad paling merbahaya di dunia bukan sahaja kembali aktif mutakhir ini tetapi juga berevolusi dengan mengubah taktik…
Kelajuan Rangkaian 5G Didapati Lebih Perlahan Berbanding Tahun 2020 Lalu – Speedtest
Laman analisis kelajuan rangkaian internet dunia, Speedtest dalam laporannya mendedahkan, kelajuan rangkaian 5G dunia telah menurun pada suku ke-3 2021. Menurut Speedtest, kelajuan purata rangkaian 5G dunia pada suku ke-3 2021 untuk muat turun hanyalah selaju 166.13 Mbps sahaja. Ia adalah 13% lebih perlahan berbanding suku yang sama bagi tahun 2020 dahulu di mana kelajuan…
PDRM Menasihatkan Pengguna Android Supaya Tidak Memuat Turun Fail APK Dari Sumber Tidak Sah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengingatkan orang ramai khususnya pengguna-pengguna telefon pintar Android supaya tidak memuat turun fail APK tidak sah. Fail APK atau Android Package Kit merupakan format fail untuk aplikasi-aplikasi Android. Fail APK tidak sah pula merujuk kepada fail aplikasi yang dimuat turun melalui sumber yang tidak dikenalpasti atau…
