Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) melaporkan pergerakan sebuah aisberg yang dianggarkan bersaiz 2 kali ganda lebih besar dari bandar London, sedang dalam perjalanan akhirnya sebelum mencair. Pada bulan Oktober 2022 lepas,Pusat Ais Kebangsaan Amerika Syarikat (USNIC) melaporkan, saiz A-76A adalah sepanjang 135 kilometer dan 26 kilometer lebar. Aisberg Antartika yang dinamakan sebagai A-76A itu…
Pengarang: ariff bukhari

WhatsApp Mula Benarkan Guna 1 Akaun Untuk Lebih Dari 1 Telefon Pintar
WhatsApp kini dilaporkan sudah mula menawarkan ciri penggunaan 1 akaun dari nombor yang sama untuk 2 peranti serentak kepada para penggunanya. Sepertimana yang dilaporkan oleh Wabetainfo, ciri itu dikenali sebagai Companion mode dan ia sudah ditawarkan secara berperingkat kepada para pengguna WhatsApp versi beta menerusi versi 2.22.24.18 (Android). Untuk mengetahui sama ada anda sudah boleh memautkan…

Apple Disaman, Didakwa Kumpul Data Penggunanya Apabila Setiap Kali Jari Sentuh Skrin iPhone
2 Orang pembangun aplikasi dan penyelidik keselamatan bernama Tommy Mysk dan Talal Haj Bakry dari syarikat perisian Mysk baru-baru ini mendedahkan penemuan mengejutkan apbila Apple didakwa mengumpul data pengguna iPhone apabila setiap kali penggunanya menyentuh skrin iPhone mereka. Data dari sentuhan itu dihantar kepada salah sebuah syarikat aplikasi milik Apple. Dakwa pembangun itu, percubaan untuk…

Pakar Gesa Buang Segera 2 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Trojan Xenomorph
Pasukan penyelidik keselamatan dari Zscaler ThreatLabz menggesa pengguna telefon pintar Android untuk segera membuang aplikasi kategori gaya hidup ini. Aplikasi yang dimaksudkan adalah aplikasi Todo: Day manager yang dikesan membawa perisian hasad Xenomorph. Xenomorph merupakan trojan perbankan yang mencuri kelayakan daripada aplikasi perbankan pada peranti pengguna. Ia juga mampu memintas mesej SMS dan pemberitahuan pengguna, membolehkannya…

8 Edisi Windows 10 Ini Akan Ditamatkan Sokongannya Disember Ini
Kurang sebulan sahaja lagi, Microsoft mengingatkan pengguna-pengguna sistem operasi Windows terdahulu iaitu Windows 10 untuk menaik taraf kepada versi Windows 10 terkini. Microsoft menyatakan, Windows 10 versi 21H1 akan ditamatkan dalam bulan Disember nanti iaitu pada 13 Disember 2022. Ia meliputi kesemua edisi Windows 10 yang dilepaskan dalam bulan Mei 2021 dahulu termasuklah: Windows 10…

Kemas Kini Windows 11 22H2 Terbaru Perbetulkan Isu File Explorer
Microsoft telah melepaskan kemas kini kepada pengguna Windows 11 versi 22H2 dengan memfokuskan 2 isu utama dalam versi Windows tersebut. Menerusi kemas kini kumulatif KB5019980, Microsoft perbetulkan isu File Explorer di mana ia gagal mengenal pasti lokasi folder dan menambah baik isu keselamatan sistem operasi. {suggest} Anda boleh menyemak kemas kini tersebut menerusi Settings >…