Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
McDonald’s Alami Kegagalan Sistem, Pelanggan Di Beberapa Negara Terjejas

McDonald’s Alami Kegagalan Sistem, Pelanggan Di Beberapa Negara Terjejas

Diterbitkan Mac 16, 2024 · Dikemas kini Mac 16, 2024 oleh ariff bukhari

Pelanggan McDonald’s hampir di seluruh dunia berdepan isu memesan makanan dari restoran makanan segera itu hari ini kerana kegagalan teknologi sistem syarikat itu.

“Kami menyedari gangguan teknologi, yang memberi kesan kepada restoran kami; isu itu kini sedang diselesaikan,” kata McDonald’s kepada CNN.

McDonald’s berkata, isu ini tidak berkaitan dengan ancaman keselamatan siber.

Gangguan itu dilaporkan menjejaskan restoran mereka di AS, Jepun, Hong Kong, dan UK, walaupun McDonald’s tidak mengulas mengenai saiz dan skop penuh isu itu.

BBC melaporkan, McDonald’s telah mendedahkan masalah teknikal yang menyebabkan kebanyakan rangkaian makanan segera terhenti pada hari Jumaat yang didakwa berpunca oleh pembekal pihak ketiga.

“…isu ini tidak disebabkan secara langsung oleh insiden keselamatan siber – sebaliknya, ia disebabkan oleh pembekal pihak ketiga semasa perubahan konfigurasi,” Ketua pegawai maklumat McDonald’s, Brian Rice.

McDonald’s mempunyai lebih daripada 41,800 kedai di seluruh dunia, dengan hampir 13,500 di Amerika Syarikat, yang merupakan pasaran terbesarnya.

Berkenaan dengan insiden ini daripada negara lain yang diketahui terjejas, Jepun mempunyai bilangan terbesar restoran McDonald’s – hampir 3,000 – diikuti oleh UK, dengan hampir 1,500 kedai, dan Australia, dengan lebih dari 1,000 stor McDonald’s.

Sumber: CNN, BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY