Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
guru sekolah

Kanak-Kanak Tidak Wajar Dijadikan ‘Konten’, Guru Ditegah Guna ‘Medsos’ Untuk Tujuan Peribadi Semasa Bekerja

Diterbitkan Mac 15, 2024 oleh ariff bukhari

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dalam satu kenyataan menegaskan  tanggungjawab etika digital dalam penghasilan kandungan.

Peringatan ini ekoran daripada isu kandungan tular di media sosial yang melibatkan guru dan pelajar. CMCF berkata, pendekatan berhemah dalam penghasilan kandungan mesti menjadi keutamaan.

Para guru perlu mempertimbangkan dampak sosial dan emosional yang mungkin timbul daripada kandungan yang dihasilkan tanpa mengabaikan prinsip-prinsip etika, terutamanya apabila melibatkan para pelajar dalam lingkungan kanak-kanak sebagai kandungan.

Ianya bagi mengelakkan situasi yang mungkin boleh mencetuskan perbalahan dan mengganggu pembelajaran pelajar itu sendiri.

“Kod Kandungan mentakrifkan perlindungan kanak-kanak termasuklah kandungan yang memberi perhatian sewajarnya terhadap kebajikan kanak-kanak pada setiap masa.” Rafiq Razali, Pengerusi CMCF.

CMCF juga turut menyatakan sokongan ke atas gesaan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya pelaksanaan peraturan dan penguatkuasaan undang-undang diperketat bagi mengekang masalah ini daripada terus berlaku kerana ia berupaya memberi implikasi negatif terhadap kualiti guru.

Bukan itu saja, ia juga adalah untuk mencegah para guru daripada menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu bekerja.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Siaran media CMCF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY