Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengarang: ariff bukhari

Windows 11 25H2 Kini Ditawarkan, Tiada Ciri Baru Tapi Ada Isu

Microsoft telah melancarkan kemas kini baru menerusi Windows 11 versi 25H2 yang ditawarkan secara berperingkat. Namun pengguna dinasihatkan berhati-hati kerana terdapat dua isu utama yang telah dikenal pasti berpunca daripada kemas kini ini. Isu pertama melibatkan beberapa aplikasi BluRay, DVD dan TV digital gagal memainkan kandungan yang dilindungi DRM. Ini menyebabkan skrin menjadi hitam, gangguan…

Perisian Intip Dikesan Menyamar Aplikasi Android Popular

Penyelidik keselamatan siber dari ESET telah menemui dua kempen perisian intip Android yang menyamar sebagai aplikasi popular di peranti Android. Perisian intip itu dinamakan sebagai ProSpy dan ToSpy didapati menyamar sebagai Signal Encryption Plugin dan aplikasi ToTok Pro. Aplikasi ini tidak tersedia di Google Play atau App Store, sebaliknya memerlukan pemasangan manual melalui fail APK…

Semua Harga Pelan Spotify Premium Di Malaysia Kini Naik RM1 Hingga RM3

Harga langganan Spotify di Malaysia kini meningkat sehingga RM3 bermula Oktober ini. Malah kenaikan ini melibatkan semua pelan individu, duo, keluarga, dan pelajar di mana pelan Individu kini berharga RM17.50/bulan, Pelajar RM9.50/bulan dengan pelan Keluarga dan Duo pula masing-masing dinaikkan kepada RM27.90 dan RM24.50.sebulan. Kenaikan ini tidak lama selepas Spotify mula menawarkan ciri audio lossless kepada…

‘Power Bank’ Pertama Guna Teknologi EV Tiba Di Malaysia

Energea telah memperkenalkan Koleksi Tangerine dan MagPac Pro 35s Hybrid-Solid State Powerbank yang menggabungkan gaya dan fungsi untuk pengguna di Malaysia. Koleksi Tangerine menampilkan aksesori berwarna terang seperti AluPac Mini 5K, AluMag Trio dan TravelGo Adapter 35. Ia direka untuk menyerlahkan personaliti sambil menawarkan prestasi tinggi. Tambahan baharu termasuk Flow Duo Watch dan MagAudio Go Plus,…

5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular – Bah.2

Dalam artikel sebelum ini, kita telah melihat sebanyak 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular. Untuk bahagian kedua ini pula, kita akan lihat 5 lagi syarikat tempatan yang wujud dalam bidang sains dan teknologi meliputi pelbagai industri. TF-AMD Microelectronics (Penang) Sdn. Bhd. TF-AMD Microelectronics (Penang) Sdn. Bhd. adalah syarikat pelopor…

Logitech Perkenal MX Master 4 Dengan Teknologi Haptik

Logitech memperkenalkan MX Master 4, tetikus pertama dalam siri MX yang dilengkapi haptik, sekali gus memberikan ciri kawalan dan ketepatan yang boleh anda rasai dengan maklum balas haptik boleh disesuaikan pada tindakan tertentu. Dengan perisian Actions Ring melalui Logi Options+, pengguna boleh menetapkan pintasan khusus untuk aplikasi seperti Photoshop dan Excel yang dapat menjimatkan masa…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 167
  • 168
  • 169
  • 170
  • 171
  • 172
  • 173
  • …
  • 1,354
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress