Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengarang: ariff bukhari

Starbucks Jepun Kini Menawarkan Ciri Pembayaran Dengan Hanya Menggunakan Pen

Pen itu dikenali sebagai “Starbucks Touch: The Pen”. Jika anda peminat minuman kopi Starbucks dan berkunjung ke Jepun, anda kini boleh membuat pembayaran kopi di rangkaian Starbucks Jepun hanya dengan menggunakan pen. Pen tersebut yang dikenali sebagai “Starbucks Touch: The Pen” itu dijual pada harga 4000 yen (sekitar RM155.00) yang akan membolehkan pembelian minuman disemua…

Audi Memperkenalkan Skuter Elektrik e-tron Di IAA 2019

Berharga sekitar RM9200. Audi di pameran kereta antarabangsa IAA 2019 telah memperkenalkan skuter elektrik e-Tron kepada para pengunjung pameran tersebut yang sedang berlangsung di Frankfurt, Jerman. Skuter konsep yang dikenali sebagai Audi e-tron Scooter itu menurut Audi adalah merupakan kombinasi antara skuter elektrik dan papan luncur (skateboard). Ia direka dengan rekaan sporty, kecil, ringkas dan…

AMD Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Ryzen Threadripper Generasi Ke-3

Dijangka akan diperkenalkan dalam bulan November tahun ini. Advanced Micro Devices, Inc (AMD) hari ini mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri terbaru cip pemprosesan AMD Threadripper generasi ketiga dalam bulan November nanti. Walaubagaimanapun, tiada butiran lanjut yang dikongsikan berkenaan cip pemprosesan tersebut.  Tetapi ia mungkin akan dilengkapi dengan kuasa pemprosesan antara 2.2GHz sehingga 4.17GHz (32…

AirAsia Mempertingkatkan Perkhidmatan Jalur Lebar Di Dalam Pesawat Mereka Menerusi AirAsia WiFi+

Perkhidmatan ROKKI dijenamakan kepada AirAsia WiFi. Pada Mei lalu, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah melancarkan laman portal baru ROKKI yang merupakan sebuah platfom terbaru bagi menghubungkan internet kepada para penumpang mereka. Ketika ini, enam pesawat yang dikendalikan AirAsia Malaysia dilengkapi dengan platform Ka-band berkelajuan tinggi yang dikuasakan oleh ROKKI. Ka-band, yang dibangunkan oleh Inmarsat menawarkan…

Twitter Melaporkan Mereka Bertindak Menutup Ribuan Akaun Palsu Di Seluruh Dunia

Berikutan pelanggaran polisi dan manipulasi berita di platfom tersebut. Twitter hari ini di laman blog mereka memaklumkan bahawa ribuan akaun Twitter di seluruh dunia telah ditutup kerana didapati menyebarkan berita palsu selain propaganda prokerajaan termasuklah 273 akaun di Emiriah Arab Bersatu (UAE), 4,302 akaun di China, 1,019 akaun di Ecuador  dan 265  akaun di Sepanyol….

Asus Mengumumkan ROG Phone 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Oktober Nanti

Telefon pintar berprestasi tinggi generasi kedua dari Asus. Asus sebentar tadi telah mendedahkan bahawa  mereka akan melancarkan telefon pintar berprestasi tinggi mereka iaitu Asus ROG Phone 2 secara rasminya di Malaysia pada 16 Oktober 2019. Asus ROG Phone 2 merupakan kesinambungan daripada model pertamanya yang telah dilancarkan di Malaysia dalam bulan Oktober tahun lepas. Bagi…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 1,160
  • 1,161
  • 1,162
  • 1,163
  • 1,164
  • 1,165
  • 1,166
  • …
  • 1,254
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress