Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara mohon i Sinar

Jangan Terpedaya Dengan Penyamaran Sebagai Pegawai KWSP Membabitkan i-Sinar

Diterbitkan Januari 10, 2021 ยท Dikemas kini Januari 10, 2021 oleh ariff bukhari

Disebalik kegembiraan sebahagian besar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah diluluskan untuk mengeluarkan sebahagian wang mereka, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya waspada terhadap cubaan penipuan membabitkan akaun i-Sinar.

PDRM memaklumkan, berlaku aktiviti promosi skim pelaburan palsu yang dibuat menerusi aplikasi media sosial dalam telefon pintar seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram.

PDRM mendedahkan cara penipuan adalah dibuat melalui panggilan telefon dengan penyamaran sebagai pegawai KWSP yang kononnya boleh mempermudahkan proses pengeluaran akaun i-Sinar.

PDRM menyatakan bahawa teknik mengenakan bayaran tertentu bagi mempermudahkan sesuatu proses adalah taktik sindiket penipuan siber yang popular digunakan mutakhir ini.

Oleh itu PDRM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mengabaikan sebaran bentuk promosi meragukan dan elakkan daripada berurusan dengan orang tengah (pihak ketiga).

Orang ramai dinasihatkan berurusan terus dengan pihak KWSP berkaitan pengeluaran akaun i-Sinar.

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY