Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOSTI Menawarkan Dana Pembangunan Dan Penyelidikan Melalui ‘Malaysia Grand Challenge’

MOSTI Menawarkan Dana Pembangunan Dan Penyelidikan Melalui ‘Malaysia Grand Challenge’

Diterbitkan Januari 13, 2021 · Dikemas kini Januari 14, 2021 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru-baru ini telah melancarkan ‘Malaysia Grand Challenge‘ (MGC) yang disokong oleh dana pembiayaan MOSTI.

Pembiayaan dana R&D melalui MGC itu adalah untuk menggalakkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) negara sebagai pemangkin ke arah negara berteknologi tinggi.

Menerusi MGC, pelbagai insentif dan langkah kolaboratif melalui penggunaan teknologi pengganggu (disruptive technology) dalam usaha mengarusutamakan bidang sains, teknologi dan inovasi.

Antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembiayaan dana ini termasuklah Cradle Fund Sdn. Bhd dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) yang mengkhususkan syarikat pemula yang menjalankan aktiviti berkaitan teknologi tinggi.

Selain itu Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) turut menyediakan Geran Padanan Impak Sosial (SIM) kepada perusahaan dan organisasi sosial (SE).

MOSTI menyatakan bahawa MGC bakal memanfaatkan perkembangan inovasi, kreatif, kadar pengkomersilan produk tempatan yang dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi serta inovasi luar.

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY