OPPO Reno6 Pro sudah pun masuk buat pasaran tempatan beberapa hari lalu dan pra-tempah juga bermula sehingga 23 Ogos ini. Jangan risau jika anda terlepas tempahan tersebut kerana ia mula dijual secara rasmi minggu hadapan. Bermula 24 Ogos hingga 31 Ogos 2021, pelanggan yang membeli OPPO Reno6 Pro melalui kedai rasmi OPPO Brand Stores, gedung…
Pengarang: Amsyar Latif
Dijangka Samsung Galaxy Tab S8 Dijana Snapdragon 898
Genap setahun tablet Samsung S7 dan S7+ memasuki pasaran tempatan. Nampaknya mereka sudah bersedia untuk mencari penggantinya. Menurut Ice Universe, terdapat tiga model Galaxy Tab S8 yang akan diperkenalkan, iaitu standard, S8+ dan S8 Ultra. Masing-masing juga akan menerima naik taraf bateri bermula 8000mAh hinggalah ke 11500mAh. Terbaru, beliau menambah yang mana penangguhan acara pelancaran tablet…
Ini Adalah Beberapa Teknologi Kamera Baharu OPPO
OPPO sebentar tadi mengadakan acara Future Imaging Technology yang mana mereka memperlihatkan teknologi kamera baharu daripada mereka. Antara yang diperlihatkan adalah sensor RGBW baharu, modul zum optikal lossless, penstabilan imej 5-paksi serta kamera di bawah skrin generasi baharu. Melalui sensor RGBW yang baharu, OPPO mendakwa ia mampu meningkatkan sebanyak 60% cahaya dan mengurangkan 35% hingar (noise)…
Apple Ada ‘Spy’ Dalam Komuniti Yang Bocorkan Maklumat Mereka
Kita mungkin menyukai ura-ura tentang kehadiran produk baharu tetapi jenama seperti Apple tidak gemar apabila maklumat produknya didedahkan sebelum tarikh pelancaran. Namun, bagaimana maklumat rahsia tersebut boleh tersebar di internet? Menurut laporan, Apple dikatakan mempunyai ‘spy’ atau pengintip dalam komuniti yang membocorkan maklumat ini. Mereka dalam komuniti tersebut akan sentiasa berkongsi peranti yang dicuri, maklumat…
Selepas realme MagDart, OPPO Akan Tampil Dengan MagVOOC
Awal bulan ini kita menyaksikan realme mengumumkan pengecas tanpa wayar magnetik MagDart. Seperti yang dijangka, jenama lain juga tidak akan melepaskan peluang untuk mengikutinya. OPPO kini memfailkan tanda dagang teknologi pengecasan tersebut yang dinamakan sebagai MagVOOC. Melaluinya, persaingan pengecas tanpa wayar magnetik sepeti Apple MagSafe sudah bermula. After #realme #MAGDART and #Apple Now Oppo is…
Bayar foodpanda Guna Boost, Dapat Pulangan Tunai 100%
Boost dan foodpanda kini bekerjasama dalam menawarkan pembayaran menggunakan Boost melalui laman web atau aplikasi mudah alih foodpanda. Bersempena pengenalannya, pelanggan yang berbelanja minimum RM20 bermula hari ini sehingga 20 Ogos 2021 bakal menerima pulangan tunai 100% (dihadkan kepada RM20). Tambahan lagi, melalui kempen ‘Boost Belanja Makan’ ini juga, pelanggan turut akan menerima pulangan tunai…
