Khusus Untuk Audiophile, Qualcomm Umum aptX Lossless Audio

Sekiranya dahulu, Tidal adalah salah satu perkhidmatan yang menawarkan muzik yang berkualiti tinggi atau lossless audio. Namun selepas itu, Apple juga telah mula menawarkannya dan Spotify bakal menyusul juga tidak lama lagi.

Bagaimanapun, untuk menikmati muzik sebegitu, ia memerlukan sambungan berwayar atau USB DAC pada telefon pintar, bukan secara tanpa wayar atau bluetooth.

Kini, Qualcomm menyelesaikan masalah itu dengan mengumumkan codec aptX Lossless yang mana mereka menjanjikan ia mampu menstrim audio berkualiti CD 16-bit 44.1kHz menggunakan sambungan tanpa wayar.



Selain itu, Qualcomm juga mempertingkatkan teknologi Bluetooth High Speed Link untuk memberikan output yang sepatutnya dalam menawarkan muzik lossless secara tanpa wayar.

Ia juga melangkaui apa yang dilakukan Sony LDAC kerana aptX Lossless boleh mencapai 1Mbps berbanding LDAC 990kbps. Pun begitu, kualiti strim boleh turun kepada 140kbps sekiranya persekitaran mempunyai banyak gangguan tanpa wayar (wireless).

Oleh itu, bukan sahaja peranti perlu mempunyai sokongan codec ini tetapi juga  aksesori audio fon telinga atau fon kepala yang menyokongnya. Menurut Qualcomm, aptX Lossless ini akan ditawarkan kepada pengguna selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Sekiranya anda masih bingung apakah itu audio Hi-Res, boleh ketahuinya di SINI.

Sumber: Qualcomm

Baca juga: