Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
A72 warna

Mungkin Semua Siri Samsung Galaxy A Akan Ada OIS

Diterbitkan September 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Teknologi penstabilan imej OIS (optical image stabilization) yang ada pada kamera utama banyak digunakan dalam kebanyakan telefon berkelas andalan atau kelas pertengahan premium.

Kini, terdapat laporan menyatakan Samsung mahu menawarkan teknologi itu untuk kesemua siri Galaxy A mereka bermula tahun hadapan. Sebelum ini, Galaxy A52 dan Galaxy A72 sudah dilengkapinya.

Namun, lihat sahaja harga telefon tersebut membuatkan ramai yang berkira-kira untuk membelinya dan memilih peranti seperti Xiaomi. Laporan itu juga mengatakan kamera yang ada OIS adalah 15% lebih mahal berbanding yang tidak mempunyainya.

Jadi, Samsung perlu berfikir masak-masak sekiranya mereka mahu memberikan saingan dengan Xiaomi memandangkan kebanyakan pengguna akan melihat spesifikasi seperti cip pemproses serta harga terlebih dahulu berbanding yang lain.

Sumber: the elec

Baca juga:

  • Rasmi, Ini Sensor Kamera 200MP Telefon Pintar Pertama Di Dunia
  • Galaxy Z Fold3 Dan Flip3 5G Dilengkapi Dengan Ciri Perlindungan Bateri
  • Ciri Terbaru WhatsApp Membantu Pengguna Berhijrah Dari Peranti iOS Ke Android Kini Tersedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY