“Playtime is over”, nampaknya belum “over” lagi. Hal ini kerana terdahulu Samsung Exynos mengesahkan bahawa Exynos baharu sepatutnya dilancarkan hari ini, 11 Januari 2022. Namun, Ice Universe menerusi ciapan terbarunya mengatakan Samsung menunda pelancaran cip pemprosesan tersebut sekali lagi. Bagaimanapun, mungkin Samsung akan melancarkannya dalam masa terdekat juga. Samsung postponed the release of Exynos2200. Since last year,…
Pengarang: Amsyar Latif
Ini Yang Patut Anda Lakukan Kalau Dapat Mesej Palsu Shopee Di WhatsApp
Shopee dalam kenyataan terbaru menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai pekerja Shopee. Apa yang penyamar itu buat adalah dengan menawarkan peluang, ganjaran wang tunai, peluang pekerjaan dan hadiah cabutan bertuah melalui aplikasi permesejan popular – WhatsApp. Rasanya pasti ramai yang pernah menerima mesej tersebut. Jangan kata golongan berusia, orang muda pun…
Samsung Dijangka Perkenal Siri Galaxy S22 Awal Februari Ini
Minggu lepas, Samsung secara rasminya menawarkan Galaxy S21 FE buat peminatnya. Namun, mungkin ada yang dah hilang minat dengan peranti edisi peminat tersebut. Tidak mengapa, siri Galaxy S22 ada. Menurut DDaily Korea, mereka mendakwa bahawa Samsung mengesahkan tarikh pelancaran bagi siri Galaxy S22 yang mana acara Galaxy Unpacked bakal diadakan pada 8 Februari. Namun begitu, laporan tersebut…
iPhone SE 5G Diramal Bakal Dilancar Dalam Beberapa Bulan Sahaja Lagi
Kali terakhir iPhone SE dilancarkan adalah pada tahun 2020. Setahun sudah pun berlalu, berkemungkinan tahun ini Apple akan menawarkan peranti tersebut kembali. Berdasarkan laporan terbaru oleh Mark Gurman, Apple mungkin sedang merancang untuk mengadakan acara sekitar bulan Mac atau April ini yang mana iPhone SE 2022 turut diumumkan semasa acara tersebut. Mengingat kembali khabar angin…
GPU RTX 30 Yang Dicuri Tahun Lalu Dilapor Dijual Di Negara Ini
Kekurangan bekalan cip yang berlarutan sehingga hari ini membuatkan ada pihak lebih ‘kreatif’ dan mengambil kesempatan terhadapnya. Pada November tahun lalu, sejumlah kad grafik siri EVGA GeForce RTX 30 yang dalam perjalanan dari San Francisco ke Selatan California telah dicuri. Syarikat EVGA memberitahu bahawa kesemua kad grafik yang dicuri itu bernilai dari USD330 (~RM1385) ke…
HONOR Magic V Dilancar, Telefon Lipat Pertama Guna Snapdragon 8 Gen 1
Sejak HONOR berpisah dengan Huawei, mereka kembali menyerikan arena telefon pintar. Kini, ‘keserian’ terserlah apabila sebentar tadi HONOR melancarkan telefon lipat pertama mereka, iaitu Magic V. Bukan sahaja telefon boleh lipat pertama HONOR tetapi banyak lagi yang pertama bagi peranti tersebut. Memandangkan ia jenis ‘fold’, makanya rekaannya lebih kurang dengan telefon Samsung Galaxy Z Fold3….
