Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelitup muka charger

Pengecas Telefon Ini Diperbuat Daripada Pelitup Muka Yang Dikitar Semula

Diterbitkan Februari 3, 2022 oleh Amsyar Latif

Penggunaan pelitup muka pada masa sekarang sudah menjadi satu kebiasaan disebabkan pandemik COVID-19 yang masih ‘hidup’  bersama kita.

Namun, saban hari pelitup muka tersebut menimbulkan satu masalah lain, iaitu menjadi salah satu elemen pencemaran baharu di dunia. Buat makluman, pelitup muka mengambil masa selama 450 tahun untuk dilupuskan.

Oleh yang demikian, firma dari Taiwan, Fubon Financial Holding Co. dan Miniwiz mengambil langkah mengatasi masalah tersebut dengan mencipta pengecas telefon tanpa wayar yang diberbuat daripada pelitup muka yang dikitar semula.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Miniwiz Arthur Huang, beliau mendapat idea itu kerana mendapati pengecas peranti banyak digunakan manusia pada hari ini.

photo_2022-02-03 12.00.29
Kredit: WION

Untuk menghasilkannya, pelitup muka dikumpulkan. Kemudian, ia digunakan pada satu mesin yang dibangunkan bernama Trashpresso di mana ia akan memampatkan sisa pelitup muka itu sehingga terbentuknya plastik.

Bahan inilah asas kepada penciptaan pengecas telefon tanpa wayar. Selain itu, 10,000 pelitup muka mampu menghasilkan 40,000 pengecas telefon.

photo_2022-02-03 12.00.31
Kredit: WION

Bagaimanapun, pengecas tersebut tidak akan dikomersialkan kepada pengguna. Sebaliknya, mereka memberikannya secara percuma untuk pekerja-pekerja di syarikat mereka.

Langkah yang dilakukan ini sebenarnya amat baik kerana dikatakan pandemik COVID-19 menghasilkan sekitar 7200 tan sisa perubatan setiap hari di mana kebanyakannya datang dari pelitup muka.

Sumber: wionews

Baca juga:

  • BlackBerry Setuju Jual Paten Mereka Pada Harga USD600 Juta

  • Cara Daftar Vaksinasi Untuk Kanak-Kanak Dan Mengatasi Masalah Ketika Melakukannya

  • Game Di Telefon Pintar Buat Untung Lebih Banyak Berbanding Gabungan PC Dan Konsol

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY