Setel dan Grab telah menjalinkan kerjasama yang mana membolehkan pengguna kini boleh menambah nilai dompet Setel melalui akaun Grab mereka. Untuk melakukannya, semasa memilih untuk menambah nilai dompet Setel, tekan atau masukkan jumlah yang ingin ditambah nilai. Di paparan seterusnya, pilih GrabPay dan anda akan diminta mengesahkan sambungan Setel-Grab melalui kod yang dihantar melalui SMS….
Pengarang: Aminuddin Ahmad
Tak Perlu Jadi Pempengaruh, Hanya Kemas Kini MySejahtera Anda Untuk Dapat Status ‘Verified’
Kemas kini terbaru MySejahtera membawakan ciri baharu iaitu pemaparan status ‘Verifed‘ pada profil. Berdasarkan amatan kami di media sosial, hampir kesemua pengguna yang menaik taraf ke versi terkini menerimanya dan turut berkongsi perasaan gembira kerana berasa seperti pempengaruh (influencer) dengan status ini. Barangkali status ‘Verified’ ini diberikan pada mereka yang identiti mereka telah disahkan melalui…
Samsung Malaysia Mula Terima Pratempahan Galaxy A33, A53 Dan A73 Mulai Hari Ini
Model terbaharu dalam siri A oleh Samsung baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu. Telefon tersebut ialah Samsung Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G. Untuk pasaran tempatan, anda sudah boleh melakukan pratempahan mulai hari ini, 21 Mac 2022 sehingga 13 April 2022 melalui laman web Samsung Malaysia dan kedai Samsung. Untuk Galaxy A53…
Brazil Tarik Semula Sekatan Terhadap Telegram Selepas 2 Hari Perintah Dikeluarkan
Beberapa hari lalu, Mahkamah Agung Brazil telah mengeluarkan arahan untuk menyekat aplikasi Telegram kerana tidak mematuhi arahan kerajaan. Antara perintah dikeluarkan termasuk meminta Telegram untuk membekukan beberapa akaun yang dipercayai menyebarkan maklumat palsu atau melanggar undang-undang. Dua hari selepasnya, penggantungan Telegram ditarik balik kerana pihak mereka telah memenuhi arahan dikeluarkan kerajaan seperti membuang maklumat sulit…
Ciri Padam Sejarah Carian 15 Minit Terakhir Akan Tiba Di Android Tidak Lama Lagi
Dalam acara Google I/O pada Mei lalu, Google telah memperkenalkan ciri tambahan iaitu penghapusan sejarah carian 15 minit terakhir. Bercakap pada The Verge. Google mengesahkan ciri yang telah tersedia pada iOS ini akan disediakan di platform Android dalam masa beberapa minggu lagi. Terdahulu, ciri ini telah diperkenalkan pada iOS pada Julai tahun lalu lagi namun…
Notifikasi Aplikasi Pada Android 13 Lepas Ini Hanyalah Pilihan, Macam iOS
Dalam Blog Developer, Google berkongsi perkembangan tentang pembangunan Android 13 di mana ia berada di peringkat Developer Preview 2 sekarang. Antara perkara disahkan Google ialah dalam Android 13 kelak, setiap aplikasi perlu meminta kebenaran pengguna sebelum menghantar notifikasi. Ini bermakna notifikasi anda tidak lagi semak dengan pemberitahuan remeh yang tidak bermanfaat kerana boleh menetapkannya sejak awal….
