Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Two men pose with smartphones in front of a screen showing the Telegram logo in this picture illustration taken in Zenica

Brazil Tarik Semula Sekatan Terhadap Telegram Selepas 2 Hari Perintah Dikeluarkan

Diterbitkan Mac 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa hari lalu, Mahkamah Agung Brazil telah mengeluarkan arahan untuk menyekat aplikasi Telegram kerana tidak mematuhi arahan kerajaan.

Antara perintah dikeluarkan termasuk meminta Telegram untuk membekukan beberapa akaun yang dipercayai menyebarkan maklumat palsu atau melanggar undang-undang.

Dua hari selepasnya, penggantungan Telegram ditarik balik kerana pihak mereka telah memenuhi arahan dikeluarkan kerajaan seperti membuang maklumat sulit dikongsi oleh Presiden Brazil Jair Bolsonaro dan memadam akaun milik aktivis Allan dos Santo serta akaun penyokong Bolsonaro yang dituduh menyebar maklumat palsu.

Selain itu, Telegram juga berjanji akan melabel kanduangan yang mengandungi maklumat palsu dan mempromosi kandungan berfakta.

Mereka juga akan memantau 100 saluran terkenal di Brazil yang menyumbang pada 96% kiriman awam di negara tersebut. Presiden Brazil sedang disiasat atas tuduhan membocorkan dokumen polis dan dituduh menyebarkan maklumat palsu.

CEO Telegram, Pavel Durov berkata punca pihaknya lambat bertindak untuk mematuhi arahan daripada kerajaan sehingga disekat adalah disebabkan mereka tersalah periksa e-mel.

Sumber: New York Times

Baca juga:

  • Tak Perlu Kad Untuk Keluar Duit Di ATM Maybank, Ini Caranya
  • Sering Dimasukkan Ke ‘Group’ Aneh Dan ‘Scam’ Di Telegram? Ikuti Langkah Ini Untuk Kekal Selamat
  • Bawah RM60, Ini Pakej Internet Bulanan Prabayar Di Malaysia Setakat Mac 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY