Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ciri Padam Sejarah Carian 15 Minit Terakhir Akan Tiba Di Android Tidak Lama Lagi

Posted on Mac 21, 2022

Dalam acara Google I/O pada Mei lalu, Google telah memperkenalkan ciri tambahan iaitu penghapusan sejarah carian 15 minit terakhir.

Bercakap pada The Verge. Google mengesahkan ciri yang telah tersedia pada iOS ini akan disediakan di platform Android dalam masa beberapa minggu lagi.

Terdahulu, ciri ini telah diperkenalkan pada iOS pada Julai tahun lalu lagi namun tidak pasti apakah yang menyebabkan ia ditunda lama untuk platform mereka sendiri. Google waktu itu berkata ciri ini akan tiba pada Android lewat 2021 namun kini telah lewat 3 bulan.

Untuk menggunakan ciri ini, anda boleh ke aplikasi Google (bukan Chrome), kemudian tekan gambar profil dan anda akan nampak pilihan ‘Delete last 15 mins’.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Inilah Pencipta Logo Android, Wanita Dari Rusia Yang Tidak Dikenali Ramai
  • Sering Dimasukkan Ke ‘Group’ Aneh Dan ‘Scam’ Di Telegram? Ikuti Langkah Ini Untuk Kekal Selamat
  • Bawah RM60, Ini Pakej Internet Bulanan Prabayar Di Malaysia Setakat Mac 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress