Jika anda sedang bekerja dari rumah, mungkin anda berpotensi menggunakan beberapa platform persidangan video untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja, pelanggan dan klien. Antara platform persidangan video tersebut termasuk Zoom, yang kini didakwa mendedahkan data peribadi pengguna dan berhadapan dengan isu keselamatan. Aplikasi ini dilaporkan menghantar data pengguna iOS ke Facebook walaupun pengguna tidak mempunyai akaun…
Pengarang: Amalina Athman
Peluang Menang Dron, MDEC Lancar Kempen Hour Of Code – Inisiatif #mydigitalmaker Untuk Pelajar
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah melancarkan “Hour of Code” yang merupakan satu program di bawah inisiatif #mydigitalmaker. Ia bertujuan untuk membudayakan pengaturcaraan (coding) dan asas sains komputer dalam kalangan pelajar sekolah melalui cara yang menyeronokkan. Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, MDEC sebelum ini telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan sesi HoC…
Netflix Mengurangkan Kualiti Penstriman Video Di Malaysia
Bulan lalu, Netflix telah mengurangkan kualiti penstriman di Eropah setelah Kesatuan Eropah meminta syarikat-syarikat seperti Netflix, Amazon dan Youtube untuk memastikan penggunaan rangkaian telekomunikasi lebih efisyen kerana peningkatan trafik yang lebih tinggi pada masa ini. Ia berikutan lebih ramai pengguna yang menghabiskan masa di rumah dengan melayari internet sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19. Kini, Netflix…
YouTube Bakal Lancar Pesaing Tiktok, ‘Shorts’ Akhir Tahun Ini
Seperti yang diketahui, Tiktok kini merupakan aplikasi perkongsian video yang semakin popular dengan mencatat lebih 700 juta muat turun pada 2019. Kini, laporan terbaru mendedahkan YouTube bakal melancarkan pesaing Tiktok, ‘Shorts’ menjelang akhir tahun ini. Menurut The Information, Shorts bakal hadir sebagai ciri baharu dalam aplikasi YouTube sedia ada dan bukan aplikasi baharu. Ia mungkin…
Aplikasi Dark Sky Dibeli Apple, Sokongan Peranti Android dan WearOS Akan Ditamatkan Julai Ini
Sebagai langkah untuk meningkatkan aplikasi ramalan cuaca yang sedia ada pada peranti iOS, Apple dilapor telah membeli aplikasi Dark Sky yang dikenali dengan ketepatan ramalannya, dengan ramalan cuaca bagi setiap minit. Perkara ini telah diumumkan melalui kiriman blog Dark Sky. Dengan pengumuman ini, ia memberikan beberapa kelemahan pada peranti Android dan WearOS serta perkhidmatan API….
Guna Nama Perdana Menteri Malaysia, Orang Ramai Diminta Waspada Dengan Penipuan Aplikasi Ini
Akhir-akhir ini, pelbagai berita dan maklumat yang tidak sahih telah disalurkan kepada orang ramai. Kini, melalui pendedahan dari Sebenarnya.my, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan laman sesawang yang menggunakan nama Kerajaan Malaysia yang meminta pengguna memuat turun aplikasi dengan nama Perdana Menteri Malaysia. Mengikut laporan, aplikasi ini dipercayai cuba menggunakan pakej bantuan Covid-19 sebagai alasan…
