Sebelum ini, waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) telah dihadkan dari 7 pagi hingga 10 malam. Kini, waktu operasi mesin ATM dihadkan semula dari 8 pagi hingga 8 malam bagi mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia…
Pengarang: Amalina Athman
Perkhidmatan Pemasangan Dan Penyelenggaraan Internet Kini Dibenarkan Di Zon Hijau
Perkhidmatan komunikasi dan internet yang termasuk dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services) kini dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, perkhidmatan itu termasuk kerja pemasangan jalur lebar talian tetap, pembaikan, penyelenggaraan rangkaian dan pemasangan infrastruktur baharu. Dengan menjalankan perkhidmatan tersebut, ia perlu mengambil kira tahap keselamatan para…
Ini Antara Aplikasi Pengesanan Kontak Covid-19 Yang Dibangunkan Di Malaysia
Bagi melakukan pengesanan kontak Covid-19 dan membendung penularan wabak Covid-19, pelbagai langkah telah dilakukan oleh semua pihak. Ia termasuk menghasilkan beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Pada masa ini, terdapat 3 aplikasi yang telah dibangunkan oleh kerajaan Malaysia dan di bawah ini merupakan aplikasi tersebut: MySejahtera MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan melalui kerjasama…
Kerajaan Negeri Selangor Akan Meneruskan e-Bazar Ramadhan
Kerajaan Persekutuan telah memutuskan sebarang konsep perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan sama ada dalam bentuk pandu lalu atau tempah dan ambil tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor tetap akan melaksanakan platform bazar Ramadan secara dalam talian (e-bazar) dengan memastikan ia mematuhi PKP. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri…
Lebih 18 Juta E-mel Palsu Berkaitan Covid-19 Diterima Setiap Hari – Google
Google menyatakan, lebih 18 juta e-mel palsu berkaitan penipuan (scam) Covid-19 telah dilihat setiap hari pada minggu lalu. E-mel yang mengandungi serangan untuk perisian hasad dan phishing adalah tambahan kepada 240 juta mesej spam berkaitan Covid-19 yang dilihat oleh syarikat itu setiap hari. Serangan e-mel palsu tersebut menggunakan penipuan e-mel yang sama dengan baris subjek…
Facebook Batalkan Acara Tahunan Sehingga Jun 2021
Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan Facebook akan membatalkan mana-mana acara fizikal dengan lebih dari 50 orang sehingga Jun 2021. Beberapa acara tersebut akan digantikan dengan acara dalam talian, namun Facebook tidak berkongsi dengan spesifik mengenainya. Langkah ini diambil berikutan panduan pakar kesihatan yang tidak menyarankan untuk mengadakan acara dalam kumpulan yang besar buat sementara ini….
