Menyentuh spesifikasi, Redmi 9 mengguna pakai rekaan Redmi K30 yang mempunyai rekaan bulat mengelilingi modul kamera. Peranti ini dilengkapi dengan paparan LCD bersaiz 6.53 inci Full HD.
Turut melengkapkan Redmi 9 adalah kuad kamera dengan 13MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP depth, dan 5MP makro. Bahagian hadapan pula dimuatkan dengan kamera swafoto 8MP.
Seterusnya, peranti ini dikuasakan cip MediaTek Helio G80 dengan RAM 3GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Redmi 9 bakal ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Purple dan Grey.
Redmi 9 dengan RAM 3GB dan storan 32GB akan ditawarkan mulai 18 Jun pada harga promosi RM449 (harga asal RM499). Bagi variasi RAM 4GB dan storan dalam 64GB, ia akan mula tersedia pada 25 Jun 2020 dengan harga RM599.
Pembelian Redmi 9 boleh dilakukan melalui Shopee (https://invol.co/clp3k7).
Berkaitan
- Mi 11 Lite Rasmi Di Malaysia, Ditawarkan Pada Harga RM1,199
- MacBook Air 15-Inci Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM6,199
- Xiaomi Perkenal Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Pengisian Penuh Dalam Masa 19 Minit
- Peranti Redmi Dilengkapi Cip Dimensity 1000+ Dijangka Hadir Dengan Paparan OLED 120Hz
- Xbox Series X Akan Dilancar 10 November Ini, Berharga $499
- PlayStation 5 Akan Tiba Di Malaysia Pada 11 Disember Ini - Harga Bermula RM1869
- Semua Perkhidmatan Bank Rakyat Akan Tergendala Pada 9 Hingga 12 Oktober Ini
- Pindahkan Data Pengguna Eropah Ke AS, Meta Didenda Lebih RM5.9 Bilion
- Siri Redmi Note 10 Rasmi, Ini Harga Yang Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia
- Qualcomm Umum Cip Snapdragon 690 Dengan Sokongan 5G