Xiaomi hari ini mengesahkan telefon pintar flagship baharu yang dikenali sebagai Mi 10 “Extreme Commemorative Edition” akan diperkenal pada 11 Ogos ini. Acara pelancaran juga diadakan bersempena ulangtahun ke-10 Xiaomi. Menerusi poster yang disertakan, acara ini dijadual akan berlangsung pada 7.30 petang, 11 Ogos 2020. Bagaimanapun, tiada maklumat spesifik mengenai peranti ini yang didedahkan. Terdahulu,…
Pengarang: Amalina Athman
Lebih 4.5 Juta Telah Menerima Insentif RM50 ePENJANA
Pada 31 Julai lalu, kerajaan telah melancarkan program RM750 juta kredit ePENJANA, iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Melalui program ini, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA. Sehingga 2 Ogos 2020, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan lebih 4.5 juta telah menerima kredit RM50 ePENJANA. Ia boleh…
Google Lancar Nearby Share Untuk Peranti Android, Hadir Dengan Fungsi Seperti AirDrop
Google kini telah melepaskan ciri baharu bagi peranti Android iaitu Nearby Share yang membolehkan perkongsian secara terus di antara mana-mana peranti yang menjalankan Android 6.0 Marshmallow dan ke atas. Berfungsi seakan Apple AirDrop, ia membolehkan pengguna Android berkongsi fail, pautan dan gambar dengan lebih mudah dan pantas. Nearby Share adalah ciri terbina yang tidak memerlukan…
Cara Hasilkan Kod QR MySejahtera Check-In
Semalam, kerajaan telah mengumumkan setiap premis adalah diwajibkan untuk mengguna aplikasi MySejahtera. Bagi anda yang belum maklum, pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, untuk mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Kod QR ini bukan sahaja boleh digunakan untuk premis perniagaan, malah ia juga sesuai digunakan bagi majlis atau acara yang…
OPPO Reno4 Pro, Peranti Kelas Pertengahan Dengan Pengecasan Pantas 65W
Hanya selepas beberapa bulan OPPO Reno3 Pro menjengah masuk dalam pasaran tempatan, OPPO hari ini telah memperkenalkan Reno4 Pro dalam pasaran Malaysia. Ditawarkan pada harga RM2399, ia merupakan peranti kelas pertengahan dan adalah generasi keempat dalam siri Reno. Berikutan itu, kami telah berpeluang untuk menggunakan OPPO Reno4 Pro dalam beberapa hari. Untuk mengetahui reaksi awal…
Setiap Premis Wajib Guna Aplikasi MySejahtera – MKN
Kerajaan hari ini mengumumkan setiap premis perniagaan diwajibkan mengguna aplikasi MySejahtera. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanapun, penggunaan aplikasi tambahan lain seperti SELangkah dan sebagainya masih dibenarkan. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, penggunaan aplikasi MySejahtera akan diwartakan oleh Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat. Pengecualian…
