Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
120Hz Apple iphone 12

Apple Mungkin Terpaksa Melupakan Sokongan Paparan 120Hz Pada iPhone 12 Pro

Posted on Ogos 25, 2020

Apple kini dilaporkan berhadapan isu bekalan paparan 120Hz dimana pelancaran iPhone 12 Pro kini dijangka akan mengalami kelewatan atau fungsi utama yang menjadi tumpuan itu terpaksa dilupakan.

Hearing that Apple can get 120Hz Pro panels, but not 120Hz driver ICs. So they will either have to come up with a fix which will be difficult, wait for 120Hz driver ICs and delay the launch possibly significantly or launch with 60Hz. We are hearing they will launch with 60Hz.

— Ross Young (@DSCCRoss) August 24, 2020

Menerusi Twitter, Ross Young menyatakan walaupun Apple boleh mendapatkan panel 120Hz yang betul, syarikat itu berhadapan masalah bekalan bagi memperoleh pemacu IC dengan paparan 120Hz untuk iPhone12 Pro.

Dengan itu, Apple perlu menangguhkan pelancaran iPhone 12 Pro jika mahu menunggu pemacu IC tersebut. Sebagai pilihan lain, pengeluaran iPhone 12 Pro mungkin diteruskan tanpa sokongan paparan 120Hz. Bagi mengelakkan kelewatan, Young menjangkakan Apple mungkin memilih untuk memuatkan paparan 60Hz pada iPhone 12 Pro.

Namun, dengan lebih ramai pengguna yang ternanti-nanti sokongan kadar segar semula yang lebih tinggi itu, tidak mustahil jika Apple memilih untuk menangguhkan pelancaran iPhone 12 Pro sehingga paparan 120Hz telah tersedia.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress