Sebilangan aplikasi, seperti Snapchat, boleh mengesan jika pengguna melakukan screenshot atau tangkap layar. Akan tetapi, ia tidak menggunakan alat terbina dalam sistem operasi. Terbaharu, Android 14 telah memperkenal API pengesanan tangkap layar, yang membolehkan aplikasi berfungsi dengan OS untuk mengesan apabila pengguna mengambil tangkap layar. {suggest} Bagi pembangun, ciri ini menjadikannya lebih mudah mengesan dan mengambil…
Pengarang: Amalina Athman
Pepijat Dalam iOS 17.1.1 Dilapor Sebabkan iPhone ‘Membeku’
Apple pada hujung Oktober telah mengeluarkan iOS 17.1, yang kemudiannya diikuti iOS 17.1.1 pada awal November. Sehingga iOS terkini dilancarkan, ia menimbulkan beberapa isu kepada pengguna. Terbaharu, terdapat satu lagi pepijat yang ditemui dalam iOS 17.1.1, yang menyebabkan skrin iPhone ‘membeku’ dan tidak bertindak balas sepenuhnya – input sentuhan, butang kuasa dan kelantangan tidak berfungsi….
Pengguna Lapor Isu Kehilangan Fail Google Drive Yang Disimpan Berbulan-Bulan
Beberapa pengguna kini melaporkan fail yang disimpan dalam Google Drive telah hilang secara tiba-tiba, secara khususnya bagi mereka yang menggunakan aplikasi Google Drive untuk desktop. {suggest} Isu yang menjadi trending di forum sokongan Google sejak minggu lepas itu menggambarkan situasi di mana pengguna mendakwa mereka kehilangan data dan perubahan struktur folder. Secara khususnya, seorang pengguna melaporkan…
KKD Teliti Guna Teknologi Satelit Sebagai Menara Telekomunikasi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti penggunaan teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi, dalam usaha menambah baik sistem komunikasi di negara ini. {suggest} Menterinya, Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu boleh dilakukan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi (telco), dasar “di mana ada jalan di situ ada internet” dapat dilaksanakan…
Tag RFID Tidak Mempunyai Tarikh Luput – TNG
Baru-baru ini, timbul salah faham mengenai tag Touch ‘n Go RFID yang mempunyai tarikh luput selewat-lewatnya pada 31 Januari 2024. Bagi menjelaskan kekeliruan itu, TNG memaklumkan perkara tersebut tidak benar – tag RFID TNG tidak mempunyai tarikh luput. {suggest} Mengulas lanjut, TNG mengatakan baru-baru ini pihaknya menjalankan kempen promosi untuk gantian tag RFID pengguna perintis…
Imej Sebenar Galaxy S24 Ultra Didakwa Tertiris
Menjelang pelancaran siri Galaxy S24 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, spekulasi mengenai peranti itu makin bertiup kencang. Dalam laporan terbaharu, imej sebenar Galaxy S24 Ultra didakwa telah tertiris, mempamerkan peranti itu dengan paparan rata. {suggest} Di platform X, David Martin telah berkongsi beberapa imej yang dikatakan Galaxy S24 Ultra. Peniris terkenal, Ice Universe kemudiannya menyokong…
