Syarikat semikonduktor, Micron Technology mengumumkan penyelesaian terbaharunya di MWC 2024. Syarikat itu mendedahkan sampel cip storan UFS 4.0 yang didakwa paling kecil di dunia. {suggest} Direka dengan teknologi NAND 3D 232-lapisan, cip UFS 4.0 ini hanya berukuran 9×13 milimeter dengan menawarkan kapasiti storan sehingga 1TB. Malah ia mampu menyampaikan prestasi dua kali ganda lebih baik…
Pengarang: Amalina Athman
CelcomDigi, U Mobile Akan Kongsi Tapak Rangkaian 4G
U Mobile dan CelcomDigi menandatangani perjanjian untuk mengukuhkan lagi liputan rangkaian 4G LTE di Malaysia. Di bawah kerjasama ini, kedua-dua syarikat telekomunikasi akan berkongsi sejumlah 100 tapak Rangkaian Teras Pelbagai Operator (MOCN) di seluruh negara – setiap syarikat komited kepada 50 tapak. {suggest} Dalam satu kenyataan, U Mobile berkata perkongsian tapak MOCN dengan CelcomDigi dapat…
Microsoft Umum Kerjasama Dengan Mistral AI
Microsoft kini mengumumkan kerjasama dengan Mistral AI, syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) berpangkalan di Perancis yang bernilai lebih €2 bilion (~RM10.37 bilion). {suggest} Perjanjian ini merangkumi infrastruktur superkomputer, kerjasama penyelidikan dan pembangunan AI, serta skala pasaran. Ia bakal menyaksikan model bahasa dan komersial Mistral tersedia pada platform pengkomputeran Azure AI, iaitu syarikat kedua yang menawarkan…
MWC 2024: OPPO Tayang Prototaip Air Glass 3 Dengan Akses AndesGPT
Di MWC 2024, OPPO kini mempamerkan prototaip cermin mata XR, iaitu OPPO Air Glass 3. {suggest} Walaupun kelihatan seperti sepasang cermin mata biasa, namun Air Glass 3 boleh mengakses model AndesGPT melalui sambungan telefon pintar. Cermin mata ini hanya seberat 50gram sahaja dan mempunyai gelombang resin yang dibangunkan sendiri dengan indeks biasan 1.7 serta kecerahan…
OnePlus Watch 2 Dilancarkan – Wear OS 4, Ketahanan Bateri 100 Jam
OnePlus mengumumkan penambahan terbaharu dalam ekosistemnya, iaitu OnePlus Watch 2. {suggest} Dibina dengan kerangka keluli tahan karat, OnePlus Watch 2 mempunyai skrin AMOLED bersaiz 1.43-inci dengan resolusi 466×466 serta maksimum kecerahan 600 nit. Untuk jangka hayat bateri, ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 500mAh yang mampu bertahan sehingga 100 jam dalam mod Smart dan 12 hari dalam…
Samsung Perlihat Galaxy Ring Di MWC 2024
Di Galaxy Unpacked bulan lepas, Samsung telah mengacah peranti boleh pakai dalam kategori produk baharu, dinamakan Galaxy Ring. Tidak perlu menunggu lama, Samsung kini memberikan butiran selanjutnya mengenai cincin pintar itu di MWC 2024. {suggest} Menurut syarikat itu, Galaxy Ring akan menawarkan cara baharu untuk memudahkan pengguna memantau kesihatan – dengan hanya memakainya di jari….
