TikTok telah berada di bawah pengawasan Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan kebimbangan keselamatan negara berhubung platform popular dari China itu. Dalam perkembangan terbaharu, nasib Tiktok di Amerika kini bergantung kepada Senat setelah Dewan Perwakilan AS mengundi secara besar-besaran untuk meluluskan rang undang-undang yang akan mengharamkan aplikasi itu, melainkan syarikat induk ByteDance menjualnya….
Pengarang: Amalina Athman
HONOR Dedahkan Teknologi Dua Lapis Skrin OLED Pertama Dalam Industri
HONOR kini mengumumkan ‘Stacked Oasis Eye Protection’, iaitu teknologi dwi-tindanan Tandem OLED pertama dalam industri. {suggest} HONOR akan melancarkan Magic6 Ultimate Edition dan Magic6 RSR Porsche Design pada 18 Mac ini, dan kedua-duanya dijangka akan dilengkapi teknologi skrin dua lapis ini. Menurut HONOR, penggunaan Tandem OLED dua lapis dapat meningkatkan hayat skrin sehingga 6 kali…
Status WhatsApp Kelak Akan Terima Ciri Baharu Seperti Instagram Stories
WhatsApp kini dilaporkan sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna mention atau menyeru kenalan dalam kemas kini status. {suggest} Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh WABetaInfo, ia menunjukkan pengguna akan menerima notifikasi jika kenalan menyerunya dalam status WhatsApp yang dimuat naik. Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna terlibat secara langsung dalam kemas kini status kenalan lain serta…
WhatsApp Versi Android Mula Sekat ‘Screenshot’ Gambar Profil
WhatsApp bulan lalu dilaporkan mula menguji ciri baharu untuk menghalang keupayaan screenshot atau tangkap layar gambar profil kenalan. Walaupun Meta masih belum mengumumkannya secara rasmi, nampaknya ciri itu kini mula tersedia kepada pengguna WhatsApp versi Android. {suggest} Melalui tinjauan di aplikasi WhatsApp versi 2.24.4.76, percubaan untuk tangkap layar semasa gambar profil kenalan dibuka dalam paparan penuh…
JPDP Sahkan Tiada Ketirisan Data Peribadi Maxis – Menteri
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mengesahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan ancaman siber oleh kumpulan penggodam dikenali sebagai R00TK1T terhadap infrastruktur Maxis. {suggest} Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata syarikat itu telah memberi notifikasi sewajarnya kepada JPDP bagi mengesahkan tiada ketirisan data peribadi, hasil daripada forensik digital yang telah dilaksanakan. Menurutnya, JPDP…
Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Mungkin Ditangguh Sementara
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan pelaksanaan rangkaian 5G kedua akan ditangguhkan walaupun Digital Nasional Berhad (DNB) sudah mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk di Malaysia. {suggest} Memetik laporan Malay Mail, Fahmi berkata penangguhan itu bagi membolehkan lembaga pengarah DNB dibentuk terlebih dahulu. Menurutnya, sejak perjanjian langganan saham (SSA) pada Disember tahun lalu, satu sesi perbincangan…
