Yes 5G kini memperkenalkan pas perayauan YesRoam ASEAN Plus, dengan akses 11 destinasi baharu, membolehkan pengguna kekal berhubung dengan lancar di seluruh Asia Tenggara pada harga serendah RM10. YesRoam ASEAN Plus menawarkan tiga pas perayauan data tanpa had – pas satu hari, tiga hari dan seminggu dengan masing-masing berharga RM10, RM20 dan RM30. Prapesan…
Pengarang: Amalina Athman
iOS 18 Perkenal Pilihan Had Pengecasan Untuk iPhone 15
Keempat-empat model iPhone 15 mempunyai tetapan yang menghalang peranti daripada mengecas melebihi 80%, apabila ia diaktifkan. Ciri ini dipercayai dapat meningkatkan jangka hayat bateri iPhone dengan mengurangkan masa bateri dicas sepenuhnya. Dengan iOS 18, Apple kini menambah pilihan had pengecasan 85%, 90%, 95% dan 100%. Ciri had pengecasan tersedia melalui aplikasi Settings pada bahagian Battery…
Permainan Konsol Upin Ipin Dijangka Lancar Tahun Depan
Permainan video Upin Ipin dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan. {suggest} Melalui siaran di Facebook, Pengarah Urusan dan Pengasas Les’ Copaque Productions, Burhanuddin Md Radzi berkata permainan berbayar itu telah dibangunkan sejak tahun lalu oleh Streamline Inc, iaitu studio permainan yang berpangkalan di Las Vegas. Semalam, pihaknya juga telah menerima permainan konsol yang…
Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam ‘Apple Intelligence’
Pada acara WWDC hari ini, Apple secara rasmi mengesahkan ciri kecerdasan buatan (AI) dinamakan sebagai “Apple Intelligence”. Ciri AI ini datang ke iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia. 1. Siri Dengan Apple Intelligence, Siri kini lebih semula jadi, relevan dan peribadi. Siri akan diintegrasi lebih mendalam – animasi bercahaya mengelilingi skrin apabila Siri diaktifkan….
Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
Apple baru sahaja mengumumkan iOS 18 dengan sejumlah ciri baharu pada acara WWDC24 yang berlangsung sebentar tadi. Antara yang mencuri tumpuan ialah ciri kecerdasan buatan (AI), dinamakan sebagai Apple Intelligence. Namun, pastinya menjadi persoalan iPhone yang akan menerima sokongan sistem operasi baharu ini kelak. Menurut Apple, iOS 18 akan menyokong iPhone XS dan terbaharu. Berikut…
Apple Akhirnya Umum Aplikasi Kalkulator Untuk iPad
Setelah lebih 14 tahun, Apple akhirnya mengumumkan aplikasi Kalkulator baharu sebagai sebahagian daripada iPadOS 18. Ia turut menampilkan sokongan khas Apple Pencil dan ciri Math Notes atau Nota Matematik. Menurut Apple, aplikasi Kalkulator untuk iPad termasuk sejarah dan penukaran unit. Apabila digunakan dengan Apple Pencil, ia mempunyai keupayaan untuk menulis Nota Matematik. Sebagai contoh, apabila…
