Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Left to Right) Denyu Bostandzhiev – Managing Director of PHSAM, Suresh Dorai – Brand Manager (Sales) PHS Automotive Malaysia at the Audi SQ8 e-tron Launch

Audi Lancar 2 Model Terbaru EV Mewah, Beri Jarak Sejauh 471km

Diterbitkan Januari 18, 2024 · Dikemas kini Januari 18, 2024 oleh ariff bukhari

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengumumkan penambahan dua model baharu ke dalam rangkaian kenderaan elektrik sepenuhnya iaitu Audi e-tron – SQ8 e-tron dan SQ8 Sportback e-tron.

Ia merupakan model EV SUV dan crossover mewah terbaru untuk pasaran Malaysia. “e-tron merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) pertama Audi dengan Q8 e-tron menjadi model flagship,” Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev.

Menariknya dengan e-tron baharu Audi ini adalah ia merupakan EV dengan 3 motor yang pertama dijual di Malaysia, yang mampu menjana kuasa sehingga 503PS dan tork setinggi 973Nm.

Dua unit dipasang pada gandar belakang untuk menggerakkan setiap roda secara berasingan.

Manakala gandar hadapannya dipacu oleh motor elektrik dengan kuasa puncak 124 kW (1 kW = 1.36 PS). Ini juga menjadikannya model keluaran massa pertama Audi yang menggunakan tiga motor.

Audi SQ8 e-tron
SQ8 e-tron mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 4.5 saat dan mencapai pecutan maksimum 210km/j.

Sistem elektrikal yang canggih pada SQ8 e-tron ini juga membolehkannya dicas sepantas 31 minit daripada 10% ke 80% (SoC).

Berdasarkan julat WLTP (Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure), ia mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 471km untuk SQ8 e-tron Sportback dan 458km bagi SQ8 e-tron.

Audi SQ8 e-tron
Dengan pengecasan AC, masa yang diperlukan SQ8 e-tron untuk dicas penuh adalah sekitar 9.15 jam hingga 11.30 jam, bergantung kepada bekalan kuasa elektrik.

EV berprestasi tinggi baharu di dalam rangkaian eletrik SUV dan crossover Audi Q8 e-tron itu ditawarkan pada harga bermula RM519,990.00 (harga OTR RM520, 790) untuk SQ8 e-tron dan bermula RM529,990.00 (harga OTR RM530,790) bagi varian SQ8 Sportback e- tron.

Audi SQ8 Sportback e-tron
SQ8 Sportback e-tron Ultra Blue. SQ8 e-tron didatangkan dalam pilihan warna kelabu (Magnet Gray), biru (Ultra Blue), kelabu (Chronos Gray), hitam (Mythos Black), biru (Plasma Blue), kelabu (Daytona Gray) dan putih (Glacier White).

Kedua-dua varian SQ8 e-tron boleh dibeli bersama pilihan Audi Assurance Package (AAP) yang menawarkan jaminan lanjutan kenderaan sehingga 5 tahun dengan penyelenggaraan berjadual secara percuma untuk 3 tahun pertama dan bantuan tepi jalan percuma bagi 5 tahun pertama.

WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.27 (3)
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.27
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.29 (1)
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.30 (1)
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.31 (2)
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.31
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.32 (1)
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.32
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.33 (1)
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.33 (2)
WhatsApp Image 2024-01-17 at 16.58.34

Sistem bateri pula dilindungi secara berasingan menerusi jaminan selama 8 tahun atau perbatuan sejauh 160,000 km.

Untuk maklumat lanjut mengenai SQ8 e-tron dan model-model lain dalam rangkaian e-tron, sila kunjungi bilik pameran terdekat Audi atau layari laman rasmi www.audi.com.my.

Berkaitan

  • Kereta Hibrid Makan Modal? Ini Kelebihan HEV Yang Ramai Tak Tahu
  • Siri Galaxy S24 Kini Rasmi - Bingkai Titanium, Galaxy AI, Harga Bermula RM4099
  • Siri Galaxy S24 Terima Sokongan Kemas Kini Android Sehingga 7 Tahun

Sumber: Siaran media Audi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY