ASUS Zenfone 8 Dan 8 Flip Mula Terima Android 12

Beberapa bulan lepas, ASUS telah mengeluarkan jadual perantinya yang akan menerima Android 12. Antara peranti yang terlibat ialah siri Zenfone 8, Zenfone 7, ROG dan beberapa yang lain

Pengeluar itu nampaknya menepati janji dengan berjaya melepaskan kemas kini Android 12 untuk Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip sejak beberapa hari lepas. Ia mungkin akan mengambil masa beberapa hari sebelum sampai ke peranti anda.

Buat masa ini, Android 12 ini dilepaskan untuk Zenfone 8 model ZS590KS dan Zenfone 8 Flip model ZS672KS.

Untuk Zenfone 8, ia hadir dengan number versi 31.1004.0404.73 dan Zenfone 8 Flip pula 31.1004.0404.61.

Namun, jika anda tidak sabar untuk mendapatkannya, anda boleh memuat turunnya di sini untukĀ  Zenfone 8 dan di sini untuk Zenfone 8 Flip. Perlu diingatkan, anda perlu berhati-hati ketika mengemas kini secara manual. Pastikan anda perisian dan model anda tepat serta mengikut langkah yang disediakan ASUS.

Anda boleh semak di sini untuk melihat jadual Android 12 yang akan dilepaskan pada peranti ASUS.

Baca juga: