ASUS VivoBook S14 Dan S15 Dilancarkan Dengan Kemas Kini Cip Intel Gen-10

ASUS hari ini mengumumkan kemas kini terbaru dalam siri komputer riba Ultrabook iaitu VivoBook S14 dan S15. Kedua-dua peranti ini hadir dengan rekaan baharu yang mempunyai penjuru diamond-cut serta kemasan bertekstur logam.

VivoBook S15 2020

VivoBook S14 dan S15 masing-masing dijana cip pemprosesan Intel Core Gen-10 i7 dan i5. Kedua-dua komputer riba ini dimuatkan dengan RAM 8GB DDR4 dan storan dalaman 32GB Optane + 512GB PCIe SSD.



Selain itu, ASUS VivoBook S14 dan S15 menyediakan port sambungan 1x USB 3.1 Type C, 1x USB 3.1 Type A, 2x USB 2.0, 1x HDMI, 1x bicu audio dan 1x slot kad MikroSD. Ia dimuatkan dengan sokongan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0.

Dari segi kapasiti bateri, kedua-duanya dilengkapi dengan bateri 50Wh dan pengecasan pantas 65W. Menurut ASUS, hanya 49 minit yang diperlukan untuk pengisian dari 0% hingga 60%.



ASUS VivoBook S14 dan S15 hadir dengan empat pilihan warna iaitu Dreamy Silver, Indie Black, Gaia Green, Resolute Red.

ASUS VivoBook S14 telah dijual bermula hari ini pada harga RM3,699 manakala ASUS VivoBook S15 ditawarkan pada harga RM3,199. ASUS turut menawarkan baucar diskaun RM100 untuk 30 pembelian terawal VivoBook S15 di Lazada (https://invol.co/clps5h) dan Shopee (https://invol.co/clps5k) dengan memasukkan kos diskaun "ASUSVS100".